ASSALAMUALAIKUM AND HELLO KAWAN-KAWAN!
Mulakan hari anda dgn senyuman. ^_^
Pada kali ni saya nak cerita pasal tips penjagaan rambut dan penyelesaiannya. Kawan-kawan adamasalah rambut gugur atau rambut terlalu tipis?
Ha, inilah penyelesaian yang kawan-kawan cari. Orang kata petua org2 tua ni lebih efektif dan bahan2 nya semua semulajadi.
So, tak payahlah kita takut kalau2 ade bahan kimia dlm petua-petua ni kan? :)
Semoga ilmu ini bermanfaat dan dapat kita applikasikan bersama-sama yea.
SELAMAT MENCUBA! :)
PETUA 1
Rendamkan sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis di dalam secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan pada waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu bilas dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
PETUA 2
Untuk melebatkan rambut, ambik daun bunga raya ramas2 dlm air,biar semalaman .lendir tu sapu n usap2kan rambut,selain melebatkan rambut,i juga utk menghitamkan rambut dan menghilangkan sakit kepala dan menurunkan panas badan
PETUA 3
ambil kelapa tua & perah pekat2. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dgn tuala bersih & perap setengah jam.
PETUA 4
minyak kelapa yg dibuat sendiri juga baik utk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Caranya mudah, perah santan dpd 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yg pekat saja (2 kali perah). Kemudian jerang di dlm kuali besar tebal. Sebaik2nya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sgt lama (hampir sehari suntuk). Kemudian biarkan ia sejuk & baru dijaram pada kepala.
PETUA 5
Agar lebih harum, campur minyak bijan dgn bunga melur atau bunga melati & daun pandan. Bagi mengelakkan hapak, pastikan sisa minyak dibasuh bersih.
PETUA 6
lendir daun bunga raya atau gel lidah buaya elok disapu pada kulit kepala utk menyejukkan serta mengelakkan rambut gugur. Ia juga bertindak sbg perapi. Di kalangan wanita barat, penggunaan minyak buah pic, ginseng & minyak bunga kesumba digunakan dgn meluas utk mengatasi rambut gugur. Ada juga yg menggunakan gel pokok kektas & daun lidah buaya.
PETUA 7
-RAMBUT KERING- Cuba rawat menggunakan minyak, sebaik2nya minyak sayur-sayuran. Hangatkan minyak, kemudian gunakan jari & sapu pada seluruh kulit kepala & rambut. Kukus tuala seketika agar lembap & hangat. Kemudian balut. Biar 20 minit. Basuh bersih dgn syampu.
PETUA 8
MELINDUNGI RAMBUT DPD MATAHARI- Ambil 50gm bunga cammomile, rebus bersama 300ml air & sejukkan. Selepas itu tambah perahan air limau & gunakan air ini utk membilas rambut.
PETUA 9
SYAMPU SEMULAJADI- Jika kehabisan syampu, cuci rambut (jenis berminyak) dgn telur yg dipukul hingga kembang & dicampur perahan limau. Bagi rambut yg lembut & halus, cuci dgn campuran air & bunga cammomile.
PETUA 10
KHASIAT MINYAK JOJOBA- Minyak tumbuhan dari gurun ini mengandungi sebatian lilin. Elok digunakan utk melembapkan rambut sekaligus membuatkan ia bersinar. Ia tidak melekit & mudah meresap ke dalam epidermis (kulit kepala).
PETUA 11
SYAMPU HERBA- Tumbuk beberapa helai daun salam, campur bunga cammomile kering & sedikit bunga rosmarie. Masukkan ke dlm mangkuk, tuang air panas & biarkan beberapa minit. Kemudian tapis & campurkan secamca teh sabun cecair. Gunakan ia sbg syampu.
PETUA 12
MEWARNA RAMBUT- Gunakan daun inai yg ditumbuk lumat & titiskan air utk mewarnakan rambut. Menurut pakar, inai dari Iran adalah yg terbaik kerana ia lebih merah. Cara menginai rambut mudah - ambil anggaran segenggam daun inai, kemudian tumbuk atau giling hingga halus & titiskan air. Utk warna yg lebih cantik, titiskan sedikit air teh pekat. Kemudian lumurkan pada rambut & balut dgn plastik. Biarkan beberapa jam atau semalaman. Cuci sehingga bersih & ulangi beberapa kali sehingga warna rambut bertukar.
PETUA 13
RAMBUT HARUM- Jika ingin rambut sentiasa segar & harum, cuba gosok kulit kepala dgn hirisan limau nipis & biar ia seketika melitupi seluruh rambut.
PETUA 14
HILANGKAN KELEMUMUR- Ambil beberapa titis minyak bunga rosmarie, campur 2 camca besar bijan & lumurkan pada kulit kepala. Kemudian syampu rambut spt biasa & bilas.
PETUA 15
TONIK TAIRU- Ambil setengah mangkuk kecil tairu tanpa perasa, campur telur. Pukul hingga kembang. Kemudian campur parutan kulit limau & gaul rata. Lumur pada rambut & pakai serkup plastik mandi & biarkan lebih kurang 40 minit. Syampu & bilas bersih. Selain itu, utk mendapatkan rambut yg bersinar, cuba amalkan mencampur beberapa titis air perahan limau ke dalam air bilasan rambut. Gunakan ia utk membasahkan rambut bagi menyerlahkan sinarnya.
PETUA 16
RAMBUT BERMINYAK- Sediakan secawan air suam kemudian campurkan spenutup penuh syampu & kuning telur. Pukul seketika. Gunakan campuran ini utk mencuci rambut. Kemudian bilas sebersih2nya.
tips penjagaan rambut dan penyelesaiannya
