Saturday, 27 October 2012

Petua Amalan Nenek Moyang (Bhg. 3)

Menghilangkan Bau Ketiak 
• Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak. 
Menghilangkan Kelemumur 
• Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala. 
Rambut Gugur 
• Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah. 
Menghilangkan Sakit Kepala 
• Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala. 
Menghilangkan Ketumbit Mata 
• Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang. 
Menurunkan Berat Badan 
• Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan 
• Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam. 
Mengatasi Tumit Pecah 
• Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi. 
Awet Muda 
• Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. 
• Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. 
Mudah Bangun Pagi 
• Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya. 
Menghilangkan Jerawat 
• Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang. 
Meluruskan Rambut Kerinting 
• Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit. 
Menghaluskan Kulit Muka 
• Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas. 
Memerahkan Bibir 
• Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu. 
Memutih dan Mengilatkan Gigi 
• Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat. 
Tegangkan Payudara 
• Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab. 
Menghaluskan Kulit Muka 
• Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula. 
Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin 
• Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka. 
Menghilangkan Bau Mulut 
• Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali. 
Menghilangkan Lebam Mata 
• Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu. 
Mengelak Santau 
• Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu. 
Meminimakan Gangguan Semasa Tidur 
• Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat. 
Menghilangkan Sakit Kepala 
• Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.


SUMBER: melayuboleh.8forum.net
Jemput Datang Lagi! :)

Petua Amalan Nenek Moyang (Bhg. 2)

Menghilangkan Ketuat 
• Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri. 


Mengempiskan Perut 
• Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam. • Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit. 


Mengekalkan Kecantikan 
• Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. 


Menghasilkan Kulit Cantik 
• Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan. 


Mengatasi Senggugut 
• Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah . 
1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya. 
2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut. 
Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat 
• Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada. 


Menyegarkan Mata Gatal dan Letih 
• Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya. 


Menyegarkan Mata 
• Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya. 


Mengelak Rambut Gugur 
• Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi. 

Sihat Tubuh Badan 
• Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun . 


Melangsingkan Tubuh 
• Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal 


Menghilangkan Parut di Kulit 
• Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah. 


Mengelak Keguguran Rambut 
• Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur. 

Jemput Datang Lagi! :)

Tuesday, 9 October 2012

Petua Amalan Nenek Moyang (Bhg. 1)

                               free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Seperti yg kita ketahui, nenek moyang kita mengamalkn bnyk amalan dan petua-petua untuk kehidupan seharian. Mereka juga sering mengamalkan petua-petua kecantikan dan macam-macam lg. Nak tahu lebih lanjut? jomm, cekidout! :)

Penawar Resdung 
• Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan. 


Melicin dan Memerahkan Kulit Muka 
• Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali. 


Menegangkan Kulit Muka 
• Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar. 


Menghilangkan Cagu 
• Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih. 


Menyerikan Wajah 
• Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.


Menghaluskan Kulit 
• Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.


 Menghilangkan Bau Badan 
• Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari. 

Melembutkan Rambut 
• Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu. 

Merawat Kulit Berkedut 
• Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan. 

Melentikkan Bulu Mata 
• Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut. 

Melebatkan Rambut 
• Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu. 

Awet Muda 
• Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang. 

Kulit Cerah dan Licin 
• Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum. 

Rambut Lebat 
• Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut.

Mengurangkan Dengkur 
• Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. 

Jemput Datang Lagi! :)

Monday, 8 October 2012

kenapa wanita mudah menangis?

Ya Allah,mengapa wanita sering menangis?

kerana wanita itu unik,
aku menciptakan wanita sebagai makluk yang istimewa...
aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anak..
aku melembutkan hatinya untuk memberi rasa aman...
aku menguatkan rahimnya untk menyimpang benih manusia...
aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah..
aku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan..
aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walaupun dikhianati oleh teman...
walau di khianati oleh "orang" yang disayangi..
WANITA makhluk kuat..
tapi jika satu saat wanita menangis itu kerana aku memberikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru..




WANITA MEMANG HEBAT!





Tetapi..


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula mencintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda..
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Wahai lelaki..
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan..
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Wahai lelaki..
kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Wahai lelaki..
kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Wahai lelaki..
jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..


Jemput Datang Lagi! :)

sifat-sifat wanita melalui cara berjalan

           ..assalamualaikum..
Sebagai manusia biasa, kita sering memerhatikan tingkah laku dan gerak-geri orang yang berada di sekeliling kita. kadang-kadang kita kerap membeza-bezakan diri kita dgn si polan bin si polan. betapa beruntungnya org tu..muka lawa, pandai, kaya pulak tu, dan mcm2 lg. dan kita akan berharap yg kita adalah dia. tapi, tidakkah anda sedar, belum tentu org yg mukanya lawa, bijak, dan kaya itu bahagia dgn hidupnya atau tidak? atau mungkin mereka juga mempunyai sifat-sifat peribadi yg kurang menyenangkan. who knows right? bersyukurlah dgn apa yg kita ada ya kawan-kawan? bercakap psl sifat-sifat ni, sy nk cerita sikit psl sifat-sifat wanita melalui cara berjalan. ppsstt, psstt..lelaki kena tahu ni! hee..actually sy sendiri pun tak tahu cara berjalan sy mcm mana. btw, sumber ni tak sahih tau, bukan berdasarkan Al-quran atau hadis. apa pun, selamat membaca! :)

p/s: lepas ni mesti ramai perempuan yg cover ayu bila berjalan. :P


1. Ketika berjalan, selalu menoleh ke kiri dan kanan.
Sifat:
- Wanita sebegini suka menyimpan rahsia.
- Senang diatur dan diuruskan.
- Wanita begini juga menjadi buruan lelaki.
2. Jika berjalan dan diperhatikan dari arah belakang seolah-olah tidak berpijak ke bumi. Menginjat.
Sifat:
- Kononya tidak jujur.
- Kalau berbual, mulutnya celupar dan menyinggung perasaan orang lain.
- Ego, pemboros dan suka membazir wang.
- Biasanya menjadi pujaan lelaki.
3. Suka menunduk bila berjalan.
Sifat:
- Sifat tertutup.
- Boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia.
- Hanya berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya sahaja.
- Tidak peduli dengan kehidupan cinta.
- Kalau ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, pasti lelaki itu bahagia. Wanita jenis ini setia dan tidak mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan menatap lurus ke hadapan.
Sifat:
- Berpendirian yang teguh dan susah untuk mengoncang imannya.
- Suka berleter terutamanya jika menentang apa yang pernah dikatakannya.
- Suka berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Berjalan dengan badannya sering bergerak ke kiri dan kanan.
Sifat:
- Tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.
- Apa-apa masalah yang dihadapinya dianggap kecil walaupun sestengah masalah memerlukan perhatian dan kebijaksaan untuk diselesaikan.
- Akibat sikapnya, banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan dan akhirnya merugikan diri sendiri.
6. Jika berjalan nampak tegap.
Sifat:
- Tegas dalam menentukan sikap sendiri.
- Tidak mahu urusan peribadinya dicampuri orang lain.
- Serius bila berbicara.
- Bertanggungjawb terhadap apa-apa ynag dilakukannya.
- menyenangi lelaki yang berdikari dan romantik.
7. Bila berjalan kelihatan seperti zirafah, iaitu bila berjalan badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Sifat:
- Lemah perasaan.
- Mudah terasa dan tersinggung.
- Mudah mengalirkan air mata.
Wallahu a’lam.






credit to:
amuslimhouse

Jemput Datang Lagi! :)

Monday, 1 October 2012

Rahsia tahi lalat

                    ASSALAMUALAIKUM SEMUA. :)
Hee..hai pembaca-pembaca semua. semoga awak-awak semua sihat selalu.
 Hari ni saya nak cerita pasal rahsia tahi lalat. siapa yg x ada tahi lalat? ha, membongak la ekau. :P hihi. 
 Jom kita selongkar and bongkar rahsia ni. 
Tapi, mungkin x semua info ni tepat. 
Jgn disebabkn prkara ni, ada yg bertumbuk n brgaduh disebabkan slh pendapat dah la yee.:)


1. Tahi Lalat di kepala
  • Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

2. Tahi lalat di ubun kepala
  • Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Tahi lalat di dahi
  • Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.
4. Tahi lalat di bulu kening kiri
  • Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Tahi lalat di bulu kening kanan
  • Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Tahi lalat di bawah mata
  • Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Tahi lalat di hidung
  • Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan
  • Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
  • Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
10. Tahi lalat di alur dagu
  • Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
11. Tahi lalat di telinga
  • Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
12. Tahi lalat di tengkuk
  • Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
13. Tahi lalat di leher
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Tahi lalat di bahu kiri
  • Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.
15. Tahi lalat di bahu kanan
  • Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.
16. Tahi lalat di dada
  • Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
17. Tahi lalat di belakang badan
  • Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Tahi lalat di bawah payudara
  • Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.
19. Tahi lalat di atas pusat
  • Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
20. Tahi lalat di bawah perut
  • Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
  • Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
22. Tahi lalat atas bibir, di bibir
  • Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.

23. Tahi lalat di betis
  • Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
24. Tahi lalat di kaki
  • Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
25. Tahi lalat di tangan kiri
  • Dipermudah rezekinya.
26. Tahi lalat di tangan kanan
  • Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
27. Tahi lalat di pinggang
  • Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
  • Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.





Jemput Datang Lagi! :)