Friday, 25 January 2013

Ayam Goreng Berempah (masakan melayu)

    Ayam Goreng Berempah
    Bahan-bahan:
  • Ayam dipotong kecil
  • Bawang Merah (dikisar)
  • Bawang Putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Serai (dikisar)
  • Serbuk Kari
  • Serbuk Ketumbar
  • Serbuk Jintan Putih
  • Daun Kari
  • Serbuk Kunyit
  • Garam - Secukup Rasa
  • Maggi cukup rasa-Secukup Rasa
  • Minyak - Cukup untuk mengoreng

Cara-cara memasak:
  • Perapkan ayam dengan kesemua bahan, biarkan sebentar.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dan garing.
  • Sedia untuk dihidangkan.









Jemput Datang Lagi! :)

Thursday, 24 January 2013

Kebab Roti Gardenia


Kebab Roti Gardenia
BAHAN-BAHAN:

Roti Gardenia (ikut la berapa keeping nak guna)
Telur (1biji)
serbuk roti
minyak masak
daging burger
salad,timun,tomato

CARA-CARA:

Mula2 ambil dua keping roti gardenia.susun sama.gelek sampai nipis.ambil tudung bentuk bulat@ guna penutup balang plastik yg letak biskut raya tu.tekan sampai putus roti jd bentuk bulat.potong dua jd bentuk separuh bulat. Celup dlm telur.salutkn serbuk roti.goreng dlm api perlahan.bila dh garing,angkat.kemudian buat ruang tengah2.cungkil2 guna hujung pisau ja.masukn salad,timun,tomato.inti letak daging burger goreng ja.masukn sos n mayonis.
*kalau inti lain pun blh.sardin ka,smbl bilis ka.xpun inti karipap.


Selamat mencuba! :)

Jemput Datang Lagi! :)

Monday, 21 January 2013

Cara membezakan ais dari air mentah atau air masak

Pernahkah kita mengambil peduli tentang ais yg ada dlm minuman kita? Kadang-kadang kita tak pernah ambil tau sehinggakan kita tak sedar yg kdg2 kita pernah minum ais dari air mentah dlm minuman kita tu. Kalau kita tau ais tu berasal dri air mentah, mesti kita tak nak beli minuman tu kan? hehe..so, jom kita kenal pasti ais yg dari air mentah dan air masak! :)


Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini mmg tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.


Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.




Jemput Datang Lagi! :)