Thursday, 21 November 2013

Kisah Aku dan Dia (Sara Aisha)

Seumur hidupku, aku tidak pernah mengenali cinta seorang lelaki. Kata orang, bila jantung kita berdegup kencang saat bertemu seseorang, itu tandanya kita dilamun cinta. Kalau begitu, selama 25 tahun aku hidup, aku memang tidak pernah jatuh cinta. Bahkan aku tidak pernah jatuh suka pada sesiapapun. Aku masih ingat, waktu di sekolah dulu beberapa temanku akan bercerita pasal ‘crush’ masing-masing.

“Risa!! Dia makan nasi ayam lah hari ni. Sama macam saya. Eeee, sukanya!!!”

“Risa!! Warna baju dia sama lar dengan saya. Matching!! Agak-agak kitorang memang ada jodoh tak?”

“Risa!! Dia kan, dia kan…dia cakap dia suka tengok saya!!”

Setiap kali mereka bercerita pasal budak-budak lelaki yang mereka suka, aku hanya mendengar. Kadang-kadang seronok mendengar celoteh mereka. Dan setiap kali itu jugalah mereka akan menyoalku.

“Risa, awak tak de suka sape-sape ke? Kat sekolah ni kan ramai yang sukakan awak.”

Dan setiap kali itu jugalah aku akan menjawab, “Saya memang tak de suka sape-sape. Tak de feeling pun…”

Entahlah, aku tidak pernah menemui seseorang yang boleh membuatkan jantungku berdegup laju. Aku akui kadang-kadang aku berasa takut kalau-kalau aku akan menjadi anak dara tua. Oh, tidak! Tidak sanggup aku dilabelkan sebagai anak dara tua. Andartu?? Tolonglah!!! Simpang malaikat 44…

“Risa buat apa tu?” Aku terdengar satu suara lantas aku berpaling. Dari kejauhan, aku dapat melihat Puan Rubiah menapak ke arahku.

“Oh, puan dah sampai?” Pertanyaannya tadi tidak kujawab, malah aku mengajukan soalan lain padanya.

“Baru je sampai. Nampak Risa termenung je. Fikir apa tu?” jawab Puan Rubiah sambil mengambil tempat duduk bertentangan denganku.

“Tak ada apa-apa, Puan. Cuma terfikir, saya ni dah 25 tahun tapi tak pernah suka kat sape-sape. Agak-agak saya ni memang tak ada perasaan kot Puan,” ujarku sambil ketawa kecil.
“Risa jual mahal sangat kot?”

“Isy, Puan ni..habis tu takkan nak jual bundle kot? Macam kat pasar malam, 3..10, 3…10!!” jawabku selamba. Ketawa Puan Rubiah meledak. Aku turut ketawa.

Kami menjamu selera sambil berbual mengenai pelbagai topik. Sesekali perbualan kami diselangi dengan ketawa. Aku senang berada dengan Puan Rubiah, ketuaku di tempat kerja. Dia seorang yang sangat rendah diri, sangat senang untuk dibawa berbual dan kadang-kala dia banyak menasihatiku. Dia mengingatkan aku pada ibu di Kelantan. Malah, bila diperhatikan betul-betul perwatakannya memang mempunyai banyak persamaan dengan ibu. Ok, sekarang aku dah makin rindukan ibu!!

“Kalau saya kenalkan Risa dengan anak saudara saya, Risa nak tak?” Tiba-tiba Puan Rubiah menyoalku.

Aku hanya memandangnya terkebil-kebil. Bila masa pula Puan Rubiah ada anak saudara?

“Chup..kejap, Puan ada anak saudara ke? Puan tak pernah beritahu saya pun.”

“Oh, Aril tak de kat Malaysia. Sebab tu tak de banyak cerita pasal dia.”

Jadi, lelaki yang Puan Rubiah maksudkan bernama Aril. Teringat pula pada angan-angan waktu kecilku. Dulu aku sangat sukakan nama Nazril. Dan kalau aku jumpa seseorang yang bernama Nazril, aku akan memanggilnya Aril. Aku suka nama Aril bukan sebab aku sukakan Ariel Peterpan, ya!! Opss, dia dah jadi Ariel Peterporn sekarang…hehe!!

“Aik, budak ni!! Kita tengah cakap dengan dia….boleh pulak dia sengih sorang-sorang.” Aku tiba-tiba disergah oleh Puan Rubiah. Fikiranku tentang nama Aril terus melayang pergi. Aku hanya tersengih.

“Budak ni, memanglah!! So, how? Risa setuju tak?”

“Setuju apa?”

“Ya Allah! Risa ni dengar tak apa yang saya cakap tadi? Risa nak kenal Aril tak? Aril, anak saudara saya yang baru balik dari Auckland.”

“Ala, Puan. Seganlah saya.” Aku cuba menolak pelawaannya lembut.

“Apa yang nak segannya? Risa single, Aril single…kalau korang dapat kenal rapat, tak de salahnya kan?”

Aku hanya mendiamkan diri. Aku bukan mahu menolak, tapi aku memang tak selesa bila ada orang mahu kenalkan aku pada seseorang. Aku rasa seperti menyertai rancangan ‘match-making’ ala-ala The Bachelorette, gitu. Cuma, aku tak adalah cantik macam perempuan dalam rancangan realiti tu.

************************************************************************

Dalam sudi tak sudi aku, sekarang aku dah pun berada dalam Serai Empire, menanti kedatangan Aril, anak saudara Puan Rubiah. Macam mana aku boleh ada kat sini? Panjang ceritanya. Dipendekkan cerita, aku tak sanggup tolak permintaan Puan Rubiah. Gila nak tolak? Puan Rubiah tu boss aku! Walaupun aku rapat dengan Puan Rubiah, dia tetap boss aku. Nak tak nak, kenalah aku ikut cakap dia.

“Are you Irissa Maisara?” Tiba-tiba aku terdengar satu suara. Aku yang sedang meneguk cappuccino, mendongak perlahan dan hampir-hampir tersedak.

Kelihatan di depanku seorang lelaki yang kemas berkemeja biru. Terselit pada tangannya kot hitam. Bertubuh tinggi lampai, matanya agak sepet, hidungnya mancung dan berkulit kuning langsat. Rambutnya yang hitam pekat mengingatkan aku pada Park Dong Joo, watak No Min Woo, pelakon kegemaranku dalam My Girlfriend is Gumiho. Kejap!! Bila diperhatikan betul-betul, dia memang ada iras-iras No Min Woo. Itu yang hampir-hampir tersedak dibuatnya. Ingatkan tadi No Min Woo dah muncul depanku.

“Yes, that would be me.” Aku menjawab pertanyaannya tadi. Tanpa berkata apa-apa, dia mengambil tempat di depanku.

“Ok, let me go straight to the point. I don’t like this idea of match-making us. In fact, I hate it!! Seriously!!! This is 2011. Who on earth would do this kind of thing?” Tiba-tiba dia bersuara. Tanpa henti.

Aku hanya terkebil-kebil. Apa dah jadi ni?

“If I were to get married, it won’t be this way. I will find my own girl. It’s not like I cannot find any. And I’m telling you…I can find a girl much more beautiful than you,” sambungnya lagi sambil memandangku atas bawah.

Ok, apa kena dengan mamat ni? Siapa nak kahwin dengan dia? Dia ingat aku teringin sangat nak ada kat sini? Nak jumpa dia? Nak kahwin dengan dia? Tolonglah!!! Aku bukannya perempuan terdesak!! Dan satu lagi, dia ni tak boleh cakap melayu ke apa?

“Wait!! What are you talking about? And who is match-making us? Puan Rubiah? Your aunty? She just wanted us to meet. That’s all!! And for your information, I don’t even want to be here! I’m here because of her. Not because I wanted to see you.”

Kali ini aku pula yang bercakap. Dia ingat dia boleh cakap apa aje yang dia nak dan aku akan dengar je? Dia silap. Aku bukan macam perempuan melayu klasik zaman dulu-dulu yang akan dengar je cakap lelaki.

“And what did you say just now? Marry? Who is marrying who? There is no such thing as a marriage between us. And believe me, it won’t ever happen. Not in million years!!” Sambungku lagi.

Nah, ambik! Dia ingat dia sorang je boleh cakap orang putih? Aku tak payah pun nak belajar sampai oversea, dapat jugak A1 dalam SPM, band 5 dalam MUET. Siap ada orang putih pernah cakap English aku ni cam slang orang British, tau!

Lelaki yang bernama Muhammad Nazril di depanku hanya tersenyum. Senyuman sinis. Aku rasa macam nak  hempuk je kepala dia biar benjol sikit. Agak-agak lepas kena ketuk, dia tak adalah nak senyum sinis macam tu lagi. Senyum tak ikhlas langsung!

“Then, there’s no point of me being here. I don’t understand what my aunty sees in you. She said you’re pretty…..well, I do agree on that," ujarnya sambil tersenyum sinis.

Aku sedikit tersentak mendengar kata-katanya. Dia ni tengah mengata aku ke memuji aku cantik? Pelik bin ajaib betul!

“You’re lovely, gentle, cute….and so on. Itu cakap dia lah. My aunty tu buta ke apa?” sambungnya lagi. Kali ini diselitkan dengan bahasa Melayu. Oh, rupa-rupanya reti BM gak…

“Well, you’re right! Then, there’s no point of being here. So good bye, Mr Nazril!”

Aku lantas mengambil tas tanganku dan bangun dari tempat dudukku. Tak sanggup lagi aku berada di sini. Bukan sebab aku takut pada dia atau takut kalah bertekak dengan dia tapi aku takut tidak dapat menahan perasaanku. Aku ni kadang-kadang akan bertindak luar kawalan. Kalau nak cakap…tak pernah fikir dulu, kalau nak buat sesuatu….tak pernah fikir akibatnya. Umur je 25 tahun tapi perangai macam budak-budak!

"It’s cappuchino, right? I’ll pay for it. My treat,” ujarnya sebelum sempat aku melangkah pergi.

Aku memandangnya sekilas. Dia mengangkat kening, kemudian matanya ditujukan pada cawan yang terletak  elok di hadapannya. Ya Allah! Aku betul-betul terlupa pasal cappuchino yang aku minum tadi. Aku belum bayar lagi! Agak-agak kalau dia tak cakap tadi, aku dah keluar dengan selambanya, dengan tak bayar harga  minuman itu.

Dapat aku rasakan darah panas menyirap naik ke mukaku. Aku pasti wajahku mesti macam udang kena bakar. Malu teramat! Aku melihat wajah nakalnya. Dia hanya tersenyum. Senyum macam kambing! Sekarang aku betul-betul rasa macam nak hempuk kepala dia. Geramnya!

“Thanks but no thanks. I can pay for my own drink,” ujarku sebelum memulakan langkah untuk menuju ke arah kaunter.

Dia ingat aku ni tak ada duit ke nak bayar minuman aku sendiri. Lagipun, kalau setakat cakap nak belanja sebab nak kenakan aku, baik tak payah! Huh, macamlah aku tak tahu dia cakap macam tu sebab nak main-mainkan aku yang tak ingat pasal cappuchino tu tadi.

“See you again…..Sara,” ujarnya perlahan. Namun jelas kedengaran di hujung telingaku. Secara automatik aku berpaling ke arahnya.

“Apa awak panggil saya tadi?” soalku.

“Sara. I called you….Sara. That’s your name, right?” jawabnya sambil memandangku dengan pandangan yang sukar kugambarkan. Nak kata macam pandangan lembut, macam ya…tapi, tak mungkin!

“Awak tak ada hak nak panggil saya…Sara,” ujarku pendek sambil berlalu pergi. Tanpa berpaling lagi.

Sara! Hanya orang yang rapat denganku boleh panggil aku Sara. Keluargaku dan teman-teman rapatku. Ada hati dia nak panggil aku Sara? Dia ingat dia tu siapa? Bakal suami aku? Isy, tak nak aku kahwin dengan dia! Perasan! Angkuh tahap maksima!

Ok, sekarang aku nak tarik balik kata-kata aku pasal dia macam No Min Woo. Mamat perasan macam tu tak sama dengan No Min Woo. Tak mungkin sama! Dan kesimpulan pada pertemuan pertama aku dengan dia?

Aku benci dia!!

*********************************************************************

Aku memandang hujung jari-jemariku yang berwarna merah. Ya, jariku yang berinai. Jari yang akan disarungkan dengan cincin pertunangan dan cincin perkahwinan. Kami bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan dan perkahwinan sekali gus. Kata dia, dah lama dia tunggu…tak sanggup nak tunggu lagi. Dahlah nak dapatkan aku susah. Itulah kata dia….

Dan siapa dia yang aku maksudkan? Siapa lagi kalau bukan En. Muhammad Nazril yang aku tinggalkan kat Serai waktu pertemuan pertama dulu! Ya, yang itu lah. Yang perasan, yang angkuh tahap maksima, yang buat aku berapi. Ya, itulah dia!!

Pelik? Itulah kebenarannya. Aku sendiri pun susah nak percaya. Aku akan kahwin dengan orang yang buat aku rasa menyampah sangat. Dulu bukan main lagi aku cakap.."Not in million years!!” Bila dah nak kahwin ni, malu pulak bila difikirkan balik.

Ok, macam mana aku boleh nak kahwin dia sebenarnya? Kitorang tak kena tangkap basah, tau! Kitorang nk kahwin ni, bukan kahwin koboi. Ceritanya begini…..

******************************

Pada suatu malam yang sunyi, mataku baru je nak terkatup bila aku tiba-tiba dapat panggilan daripada ibu.

“Sara, boleh balik kampung tak hujung minggu ni?” Aku dapat mendengar soalan ibu di hujung telingaku.

“Nape, bu? Ada apa-apa ke?” soalku risau.

“Tak ada. Balik, ya!” ujar ibu lagi.

Dan aku pun pulanglah ke kampung hujung minggu tu.

Malam itu ibu dan papa menjelaskan padaku sebab musabab mereka memintaku pulang. Kata ibu, ada orang masuk meminangku.

Aku dipinang? Tiba-tiba je aku rasa macam nak pengsan. Dan yang lagi menggemparkan? Ibu dan papa telah menerima pinangan tu tanpa memberitahuku. Ya, tanpa memberitahu sepatah pun pada aku yang akan jadi pengantin perempuan.

“Nape ibu, papa tak bagitahu Sara? Mana boleh terima macam tu je?” Aku cuba memprotes.

“La, budak tu kan memang boyfriend Sara? Nak tunggu lagi buat apa?” jawab ibu.

Aku hanya terkebil-kebil. Sejak bila aku ada kekasih? Atau…..aku ni sebenarnya ada amnesia dan tak ingat  kekasih sendiri? Isy, Irissa Maisara, anda ingat anda tu berlakon drama Korea ke?

“Papa tak suka anak papa bercinta lama-lama. Buat maksiat je. Orang tu dah masuk meminang dan memang ikhlas nak kahwin dengan Sara, papa terimalah,” ujar papa setelah lama mendiamkan diri dan hanya menjadi pendengar perbualan antara aku dan ibu.

“Lagipun, papa berkenan dengan dia. Baik je, hormat orang tua, cakap pun lembut je. Lagi satu, masa dia datang hari tu, papa dah test dia,” sambung papa lagi.

“Test?” soalku.

“Yelah, test sikit sebanyak pasal agama dia. Papa suruh dia jadi imam kat surau. Alhamdulillah, lulus. Orang-orang surau pun sukakan dia.”

Tiba-tiba aku teringat pada kata-kata ibu suatu hari dulu.

“Sara tau, papa cakap kalau ada orang masuk meminang anak perempuan dia, dia akan interview orang tu kat surau.”

Biar betul? Papa betul-betul buat macam tu? Aku ingat papa main-main je.

“Papa sebenarnya tak peduli kalau bakal menantu papa tu kaya ke, handsome ke atau apa-apalah…sebab bagi papa, yang paling penting adalah agama dia. Dia yang akan membimbing Sara untuk jadi isteri yang solehah.” Papa terus menyambung kata-katanya.

Terkedu aku mendengarnya. Terharu pun ada. Aku menatap wajah papa yang tenang. Papa macam betul-betul berkenan dengan ‘bakal suami’ aku. Aduh, macam mana ni? Mamat mana ni yang gatal mengaku jadi kekasih aku ni? Haru…haru…

Dan begitulah berakhirnya perbualan aku dengan ibu dan papa malam itu. Aku langsung tidak sempat nak menjelaskan bahawa aku memang tak ada kekasih, aku tak kenal manusia yang dah meminang aku tu dan yang paling penting…..aku belum bersedia nak kahwin.

Malam itu sukar untuk aku melelapkan mata. Terkebil-kebil aku menatap siling. Rasanya dah 10000 ekor biri-biri aku kira. Siapalah yang cakap kalau tak boleh tidur, kiralah biri-biri. Tak menjadi langsung!

Tengah aku baring-baring, pusing-pusing…sekejap ke kanan, kejap ke kiri, telefon bimbitku berdering. Aku memandang jam dinding sekilas. 3.45 pagi. Gila! Siapa pulak yang call pagi-pagi buta ni? Macamlah tak de siang. Nak juga telefon orang time ni. Isy!!!

“Hello…” Aku menjawab panggilan yang tak dijangka tu dengan penuh perasaan malas.

“Hello, sayang! Do you miss me?”

Apocot! Ni sape pulak yang panggil aku sayang ni? Miss…miss pulak tu. Ewwww, meremang bulu roma.

“Eh, sayang awak tak de kat sini. Pergi telefon orang lain,” jawabku. Agak kasar.

“No, my sayang is there. Takkan tak kenal bakal suami sendiri kot.”

Aku terus terbangun dari pembaringan. Ini mamat yang gatal-gatal masuk meminang aku ke? Yang akan jadi suami aku dalam masa 6 bulan dari sekarang? Bagus jugak dia call. Boleh gak aku sound dia sikit. Tak, aku nak sound dia banyak!

“Ooo, awaklah yang masuk minang saya tu? Awak ni kenapa? Tak kenal, lepas tu suka hati je nak mengaku jadi boyfriend saya? Awak ingat saya ni apa? Perempuan murahan? Yang awak boleh buat main-main macam ni?” Terus aku menyerang dia.

“Awak bukan perempuan murahan. Bagi saya, awaklah yang paling bernilai. Yang akan saya hargai sampai bila-bila.” Tiba-tiba dia menjawab. Serius dan penuh dengan ketegasan.

Aku terdiam. Sungguh! Seumur hidupku, inilah kali pertama aku mendengar seseorang meluahkan kata-kata sedemikian rupa padaku. Inikah yang dinamakan ayat jiwang? Aku meneguk air liur perlahan. Mahu rasa geli dengan kata-kata dia, tetapi kata-kata itu seperti telah menusuk masuk ke dalam hatiku. Ya, menusuk masuk ke dalam sekeping hati milik Irissa Maisara.

“Sara….Sara, are you there?” Dia menyoalku tiba-tiba. Mungkin kerana aku yang memang banyak mulut ni tiba-tiba je jadi pendiam.

Sara? Dia memanggilku Sara? Aku mengerutkan dahi. Sebagai tanda ketidakpuasan hatiku. Aku memang tak suka kalau orang yang tak rapat denganku memanggilku Sara. Inikan pula orang yang langsung aku tak kenal.

“Awak tak…….”

“Ada hak nak panggil saya….Sara,” Dia menyambung kata-kataku. Aku terdiam. Sekali lagi.

“Yes, I know that. You don’t have to remind me. Tapi, awak tahu tak? Selain family awak, sayalah orang yang paling berhak untuk panggil awak Sara. Sebab……saya akan jadi suami awak!” Sambungnya lagi. Kata-katanya diakhiri dengan ketawa kecil.

Eh, dia ni!! Nak ketawa-ketawa pulak. Dahlah suka hati dia je ajuk kata-kata aku. Lepas tu, dengan bahagianya mengaku jadi bakal suami aku. Isy, geramnya!!

“Awak ni sape sebenarnya, hah?” Aku menyoal dia. Agak tinggi nada suaraku.

“Lar, tak ingat ke? Dahlah dia tinggalkan kita tercongok sorang-sorang kat Serai hari tu, lepas tu sampai hati tak ingat kita….”

Serai? Tinggalkan dia kat Serai? Ya Allah!! Dia ni….dia ni Nazril, anak saudara Puan Rubiah tu ke? Yang bukan main lagi cakap, “I don’t like this idea of match-making us.” Yang itu ke? Mestilah dia, kan? Sebab dia sorang je manusia yang aku pernah tinggalkan kat Serai.

“Nazril? Anak saudara Puan Rubiah?” Aku menyoal. Inginkan kepastian.

“Oh, you do remember me? Ingatkan dah tak ingat saya langsung.” Dia ketawa lagi.

Eh, budak ni! Nak main ingat-tak-ingat lah pulak. Siapa boleh lupakan orang macam dia? Orang yang angkuh tahap maksima! Perasan bagus! Tahulah muka dia handsome, tapi tak payahlah nak perasan sangat.

“Ok, ok. I still remember you. Puas hati?” Jawabku, sekadar melayan. Malas nak bertekak dengan dia.

“Puas,” jawabnya pendek.

Aku mengeluh perlahan. Macam mana lah nak layan orang tiga suku macam dia ni?

“So, apa yang awak nak dari saya sebenarnya ni? Apa motif awak hantar rombongan meminang?” Aku menyoal dia.

Kali ini aku mula bersikap serius. Mestilah kan? Ini soal perkahwinan aku, soal masa depan aku. Aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal, atau dengan orang yang masuk meminangku dengan tujuan nak balas dendam sebab aku marah dia kat Serai. Kejap, kejap…ada ke manusia yang akan buat macam tu dalam dunia ni? Kahwin sebab dendam? Isy, menakutkan….

“Motif? What do you mean by…..motive?” Dia menyoalku kembali. Dari nada suaranya, aku dapat rasakan bahawa dia turut mula bersikap serius.

“Well, you said it yourself…you hate this whole idea of match-making us. And now, what did you do?  Awak dah masuk meminang saya. Parents saya dah terima. Dan kita akan kahwin dalam masa 6 bulan lagi. Apa semua ni, Nazril?” Aku menyoal dia. Meluahkan apa yang terbuku dalam hatiku.

Nazril hanya mendiamkan diri, tanpa suara. Dari telefon bimbitku, aku hanya dapat mendengar bunyi nafasnya. Lembut dan beralun.

1 saat…

2 saat…

3 saat…

Dia diam.

Aku juga diam. Dan tiba-tiba….

“Awak….awak memang betul-betul tak ingat saya kan, Sara?”

Ada sedikit kekecawaan dalam nada suaranya. Aku terkedu. Apa maksud dia? Apa yang aku patut ingat tentang dia? Atau….aku memang betul-betul menghidap amnesia dan dah lupakan kekasih sendiri? Isy, takkanlah….

“Nazril, apa…”

“Call me Aril. That’s what you used to call me. I call you Sara and you call me Aril. To be more precise, you called me Abang Aril,” ujarnya tegas tanpa sempat aku mengakhiri kata-kataku.

Ok, sekarang aku dah betul-betul keliru. Used to? Sejak bila ada ‘used to’ antara aku dan dia? Aku kan baru je jumpa dia? Dan lagi satu, Abang Aril? Abang? Ewwwww, geli!!

“Awak akan balik ke KL esok kan? Lusa kita jumpa. Kat tempat biasa. I’ll make you remember me back, sayang.”

Kata-katanya lebih kepada satu arahan bagiku. Dan kata-kata akhirnya agak menakutkan. Macam tagline cerita hantu je. Belum sempat aku menjawab atau memprotes, dia terus meletakkan telefon. Aku hanya terkebil-kebil memandang skrin telefon bimbitku. Apa dah jadi ni? Tempat biasa? Aku dan dia ada tempat biasa ke?

****************************

Setelah berhempas-pulas memikirkan tempat biasa kami, maka aku akhirnya berjaya membuat konklusi bahawa tempat biasa yang dimaksudkan dia adalah….tak lain dan tak bukan Serai Empire. Dalam menyampah aku pada dia, dalam benci aku pada dia, tercegat pula aku depan Serai ni. Sesungguhnya, aku pun tak faham dengan diri aku sendiri. Kenapalah aku boleh dengar cakap dia. Dia cakap suruh jumpa dia, aku pun datang. Agak-agak aku ni dah kena minyak pengasih tak? Isy, sejak bila pulak aku percaya benda-benda macam ni!

“Kenapa tak masuk? Awak tunggu saya ke?” Tiba-tiba terdengar satu suara di tepi telingaku. Betul-betul di tepi telingaku.

“Ya Allah!” Aku menjerit kecil. Terkejut. Jantungku seperti mahu terkeluar dari tubuh.

Aku lantas berpaling ke arah tuan empunya suara tadi. Yang jelas di sebelahku hanyalah kemeja berwarna hitam. Sekarang, baru aku sedar bahawa aku hanya setakat bahu dia. Rendahnya aku!

Aku cepat-cepat mendongakkan kepala. Dan itu sememangnya perhitungan dan tindakan yang salah. Sebab dia rupa-rupanya sedang memandangku. Kedudukan dia pula amat dekat padaku. Mataku terus tertancap pada wajahnya, pada matanya yang cantik, pada hidungnya yang mancung dan pada bibirnya yang merah tanda tidak merokok. Dia turut merenungku tajam, dengan satu pandangan yang sukar untuk dimengertikan.

“Astaghfirullahalazim….” Bisik hatiku, lantas aku cepat-cepat bergerak ke belakang.

Menjauhkan diri darinya. Dia turut menjarakkan diri dariku.

“I like seeing you blushing. Cute.” Dia tiba-tiba berkata-kata.

Aku tidak menjawab. Hanya menjeling tajam ke arahnya. Sebenarnya, aku tidak mampu berkata-kata. Jantungku berdegup kencang. Terlalu kencang. Irissa Maisara, apa dah jadi dengan awak ni?

“Jom masuk,” sambungnya lagi sambil menarik pergelangan tanganku.

Aku terpegun. Eh, dia ni! Suka hati dia je tarik aku macam ni. Nasib baik aku pakai baju lengan panjang, berlapiklah kiranya. Kalau tak, tak pasal-pasal pulak aku buat dosa sebab bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim.

“Awak tak perlu nak tarik saya macam ni. Saya boleh jalan sendiri,” ujarku sambil menarik kembali tanganku.

Dia hanya tersenyum. Senyumannya kali ini kelihatan manis. Aik, kenapa pulak aku boleh fikir macam ni? Aku dah angau dengan dia ke apa?

“So what do you want? Nasi dengan tomyam?” soalnya padaku setelah kami masing-masing mengambil tempat duduk.

Aku tidak menjawab. Hanya memandangnya. Macam mana dia tahu aku sukakan tomyam? Atau dia ni sebenarnya betul-betul kekasihku yang dah dilupakan? Oh, tidak! Tidak! Aku bukan watak dalam drama Korea.

“Sara, kenapa diam ni? Are you okay?” Soalnya lagi. Tangan kanannya diangkat, mahu menyentuh dahiku tetapi dia menghentikan perbuatannya betul-betul di depan mataku.

“Sorry,” ujarnya perlahan sambil menjatuhkan tangannya.

Aku kira dia sedar bahawa dia tidak boleh menyentuhku, walaupun sekadar untuk menentukan sama ada aku sihat atau pun tidak. Tanpa sedar, aku tersenyum. Entahlah, tiba-tiba aku rasa dihargai. Sweet pulak si Nazril ni. Angin apa yang dah masuk dalam dia ni?

“I’m okay.” Ringkas aku jawab pertanyaannya.

So, tom yam?” Dia menyoalku lagi. Aku mengangguk perlahan.

Dia memanggil waitress yang berdekatan dan memesan makanan. Aku memerhatikan segala gerak-gerinya. Keningnya yang sedikit terangkat apabila bercakap. Pandangannya yang lembut tatkala berbicara. Lesung pipit yang jelas kelihatan setiap kali dia menuturkan kata-kata. Memang tidak dapat aku nafikan bahawa Nazril memang kacak orangnya. Kejap, apa yang aku buat ni? Aku cepat-cepat melarikan pandanganku.

“Handsome? Dah jatuh cinta pada saya?” Tiba-tiba dia menyoalku.

“What?” Aku menyoalnya kembali.

“Dari tadi awak tengok muka saya. So, how? Handsome? Dah boleh jadi husband awk?” Dia mengajukan beberapa soalan sekali gus sambil tersenyum nakal.

Pipiku terasa panas. Alamak! Dia perasan ke? Isy, malunya. Mana nak letak muka ni? Kalaulah aku ada cangkerang macam kura-kura, dah lama aku masukkan kepalaku. Lepas tu terus tak keluar-keluar kot. Bertapa je dalam tu.

“Sape tengok muka awak? Saya tengok rambut awak. Terpacak je, awak guna gel rambut apa ye?” jawabku selamba, cuba menutup perasaan maluku. Ketawanya meledak.

“Awak ni kan…..awak memang kelakar,” ujarnya diselangi ketawa. Aku turut tertawa.

Tanpa dapat ditegah, kebahagian mula menjalar masuk ke dalam hatiku. Aku senang mendengar ketawanya. Aku senang melihat dia ketawa. Aduh, adakah aku sudah jatuh cinta padanya? Mana pergi perasaan menyampah dan benci aku pada dia sewaktu pertemuan pertama kami dulu?

“Awak tahu tak, saya suka tengok awak ketawa macam ni. Macam waktu dulu.” Tiba-tiba dia bersuara. Ada nada serius dalam kata-katanya. Ketawaku terus terhenti.

Ini yang aku tak suka ni. Mulalah tu nak ungkit pasal aku tak ingat dia, tapi dia ingat aku. Dahlah cakap serius, buat aku rasa bersalah je. Isy, tak sukalah rasa bersalah macam ni!

“Cara awak cakap ni, macamlah kita dah kenal lama. Ini kan baru kali kedua kita jumpa.” Aku menjawab.

Namun dalam hatiku, aku sendiri tidak pasti sama ada aku benar-benar baru bertemu dengannya. Mungkinkah aku pernah mengenali dia sebelum ini? Tidak! Aku pasti aku belum pernah mengenali dia sebelum diperkenalkan oleh Puan Rubiah. Tapi….tapi, kenapa dia? Ok, sekarang aku sangat keliru!

“Awak…..awak memang tak ingat saya kan, Sara?” Suara dia tersekat-sekat, penuh dengan emosi.

“It’s not your fault, actually. I should have known that it was impossible for you to remember me. It was long time ago, and you were so small,” sambungnya lagi.

Dia menutup matanya perlahan-lahan. Seolah-olah cuba untuk menutup kekecewaannya. Aku hanya memandangnya tanpa sebarang kata. Melihat dia begitu, aku jadi kelu. Perasaan bersalah yang dari tadi cuba aku usir mula kembali bersarang. Kenapa dia boleh memberikan impak begini pada aku?

“Tapi, entahlah. Saya tetap berharap awak akan ingat saya. Akan ada secebis kenangan kita yang awak simpan. Kenangan 18 tahun lalu.” Dia menyambung kata-katanya lagi sambil membuka matanya kembali.

Aku terkebil-kebil. Aku salah dengar ke? 18 tahun? Maksud dia masa aku kenal dia, aku baru je 7 tahun? Patutlah aku tak ingat dia. Dia ni pun satulah, takkan dia memang berharap aku boleh ingat semua benda yang jadi pada aku masa aku budak-budak dulu. Tak ada logika langsung!

“So, the whole thing between us was….18 years ago?” Aku akhirnya bersuara. Dia mengganguk dan tersenyum lemah. Cuba menutup kekecewaannya mungkin.

“Gila kan? Saya harap awak akan ingat saya, sedangkan masa tu awak cuma 7 tahun je,” jawabnya.

Ya, memang gila! Ingin saja aku menjawab begitu. Tapi, aku tak adalah tak berperasaan macam tu sekali. Sebab jelas di mataku kekecewaan yang Nazril rasakan bila aku langsung tak mengingati dia.

Aku mengeluh perlahan. Rasanya ini masa untuk aku cuba pujuk dia atau sekurang-kurangnya buat dia rasa lebih elok. Tapi, aku memang lemah bab-bab pujuk-memujuk ni. Mana aku reti! Buat orang merajuk dengan aku retilah. Aduh, macam mana ni?

“Ok, takpe. Like I said before, today I’m going to make you remember me.” Tiba-tiba dia bersuara sambil tersenyum. Sejurus kemudian, dia menyenyit mata ke arahku.

Aku terkebil-kebil lagi. Dapat aku rasakan mulutku membentuk huruf ‘O’. Mana pergi lelaki yang sedih tadi? Yang konon-kononnya kecewa teramat sangat? Sekarang, dia siap kenyit-kenyit mata dengan aku pulak tu. Dia ni betul ke tak? Siuman ke tak ni?

Dengan itu, bermulalah sesi merawat otakku yang tak ingat akan seorang manusia bernama Muhammad Nazril. Dia menceritakan saat-saat perkenalan kami berdua. Kata dia, aku pernah berjiran dengan dia. Waktu itu, aku berumur 7 tahun dan dia pula berumur 12 tahun. Patutlah dia boleh ingat semua tu! Dia kira dah besar masa tu. Dah muda remaja.

Tapi, kejap!! Kalau dia betul-betul kenal aku masa aku budak-budak dulu, bukankah itu bermaksud ibu dan papa pun kenal dia?

“Chupp!! Kalau kita pernah berjiran dulu, parents saya kenal awak lah kan? Kenapa diorang tak bagitahu saya pun masa kat kampung?” Aku menyoalnya.

Dia tersenyum nakal. Aku memandang dia dengan penuh syak wasangka. Ni mesti dia ada plan apa-apa dengan ibu dan papa!

“I asked them not to say anything. Nak buat surprise untuk bakal isteri kesayangan saya ni,” jawabnya selamba.

Aku mengerutkan dahi, tanda tidak puas hati. Dia ni kan, memang tak habis-habis dengan perangai tak betul dia!

“Ok. Surprise yang menjadi,” ujarku, sekadar berbasi-basi. Malas melayan dia sebenarnya.

Dia kembali menyambung ceritanya. Kata dia, aku suka panjat pokok waktu kecil dulu. Lepas tu tak tahu nak turun sendiri. Dan tak pasal-pasal Abang Aril yang kena pergi tolong. Aku tersenyum. Nakalnya aku!

“Awak ada tahi lalat kecil kat belakang leher, kan?” Dia menyoalku tiba-tiba.

“Kenapa tanya?” Aku menyoalnya kembali.

“Sebab saya nak buktikan pada awak yang awak betul-betul Sara yang saya kenal dulu,” jawabnya penuh dengan keyakinan.

Aku hanya memandangnya. Kalau ya pun nak buktikan yang dia betul-betul kenal aku, tak perlu kot nak detail sangat sampai nak bagitahu kat mana tahi lalat aku. Perlu ke? Tak, kan?

“Dulu awak suka ikat rambut style pony tail. That’s why I know,” sambungnya lagi.

Aku hanya menganggukkan kepala, mendengar cerita dia. Seronok jugak dengar cerita zaman kanak-kanak aku dulu. Rasa macam jadi budak-budak balik.

Dia terus bercerita. Kata dia, setiap kali dia pulang dari latihan bola sepak di sekolah, dia akan mengetuk pintu rumahku. Untuk apa? Semata-mata untuk kacau aku! Dia suka tarik rambutku. Aku cuba membayangkan budak berumur 12 tahun tarik rambut budak berumur 7 tahun. Macam tak betul je. 12 tahun tu bukan ke dah besar panjang?

“Saya pun tak tahu kenapa saya suka buat macam tu. Maybe sebab awak comel sangat. Suka tengok awak jerit ‘Abang Aril jahat!!’. You were…you were just too cute.” Dia tersenyum sambil bercerita.

Dia nampak gembira bila menceritakan kenangan antara kami berdua. Tanpa sedar, aku turut tersenyum.

“Sampailah satu hari tu, awak datang pada saya…menangis. You didn’t even say anything, no matter how much I tried to console you. And the next day, you were gone. You were gone for 18 years,” ujarnya.

Aku dapat mengesan nada kesedihan pada suaranya. Dan aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku tidak ingat semua tu. Macam mana aku nak cakap apa-apa?

“And in these 18 years, I could never stop remembering your sad face, your last look when you walked away from me. Huh, gila kan? Gila sangat-sangat!” Sambungnya lagi sambil ketawa kecil, ketawa yang penuh dengan kepura-puraan. Aku sedar dia sebenarnya sedang mentertawakan dirinya.

“I was just twelve and you were only seven. What was I thinking? Kenapa saya langsung tak dapat lupakan budak perempuan dengan rambut tocang tu?” soalnya, lebih ke arah menyoal dirinya sendiri. Penuh emosi.

Aku terus mendiamkan diri. Rasanya inilah pertama kali dalam seumur hidupku, aku yang selama ini banyak cakap boleh mendiamkan diri lebih dari 10 minit. Tapi dalam situasi sekarang, lebih selamat rasanya kalau aku jadi pendiam.

“Without even realize it, I grew up with your shadow, Sara. Saya tak nak! Tapi saya tak dapat halang diri saya dari terus mencari awak, saya mencari awak di kalangan orang-orang yang muncul dalam hidup saya. Saya….saya menjadi seorang pencari dan penanti. Mencari dan menanti Irissa Maisara, budak perempuan yang berumur 7 tahun. It was just….crazy!!” Nazril menyambung kata-katanya sambil mengenggam erat tangannya. Wajahnya kelihatan tegang.

Entah kenapa, hatiku terasa pedih melihat keadaan dia. Dia kelihatan terseksa. Selama ini aku tak pernah sedar bahawa di suatu sudut dunia ini, ada orang yang tengah mencariku, menghulurkan tangan dan menanti aku untuk menyambut tangan itu. Aku dapat merasakan air jernih mula bertakung di tubir mataku. Aku mengelipkan mata berkali-kali, cuba menghalang air mataku dari gugur. Malunya kalau aku tiba-tiba menangis depan dia!

“At first, I thought it was just a brother’s love. After all, I did see you as a sister whom I care and wanted to protect forever. But as I grew up, I knew that the feeling that I have for you was no longer a brother’s love. It became more than that. And it scared me…” tuturnya, tanpa sekilas pun melarikan pandangan dari wajahku.

Aku meneguk air liur. Cuba untuk mentafsirkan kata-katanya ke dalam otakku yang masih sedang berusaha keras untuk mengingati dia. Dia cintakan aku! Ya, dia cintakan aku sejak 18 tahun lepas. Dan aku pula langsung tak ingat dia. Kejamnya aku!

“It scared me knowing that I’ve fell for a 7-year old girl. No, I fell for Irissa Maisara when she became 10, 15, 18 and….25,” ujarnya lagi sambil merenungku lembut.

“Walaupun dia tak ada pun depan mata saya. Walaupun saya tak tahu sama ada saya akan jumpa dia lagi atau pun tak. So bila saya dapat tahu ada Irissa Maisara yang kerja dengan Aunty Ruby, I knew it was you. And I was so happy to finally find you,” Dia menyambung tutur katanya.

“Waktu kat sini hari tu, saya sengaja cakap macam tu. Perasan bagus, kan? Sebab saya nak tengok Sara saya sekarang sama macam Sara saya dulu tak. You were not that different from the 7-year old Sara that I once knew. Mudah melatah bila kena usik, comel je…” sambungnya lagi sambil tersenyum.

Aku memandang wajahnya tanpa kata. Aku terharu. Sungguh! Dan tanpa sedar, air mata yang cuba kutahan dari tadi mengalir perlahan dari mataku. Dia kelihatan menggelabah. Menggelabah sebab dah buat aku menangislah tu!

“Sara, please don’t cry. It hurts me seeing you like this,” pujuknya.

Bila dipujuk begitu, lagi kuatlah aku menangis. Aku cuba menahan, tapi mataku seperti hilang fungsi mendengar cakap otak. Laju je air mata aku turun. Macam air terjun.

“Saya…saya…minta maaf..sangat..sangat.” Aku cuba bercakap dalam esakanku.

“Saya…saya…patut…ingat awak.” Tersekat-sekat suara yang keluar dari mulutku. Sejak bila aku jadi gagap ni?

“Hey, it’s okay sayang. Awak kecik sangat masa tu. I remember you, that’s enough for me.”

“But, because you remember me…..you were…you were in pain for….18 years.” Aku memotong cakapnya. Saat itu, dapat aku lihat setitik air matanya jatuh ke pipi.

“It was a beautiful pain, sayang. The pain that made me fell for you. Saya tak kisah kalau awak tak sayangkan saya, cukuplah saya sayangkan awak….” Ujarnya lembut.

Tatkala mendengar kata-katanya itu, air mataku bertambah laju mengalir. Dia buat aku tambah terharu! Kenapalah dia suka sangat buat aku terharu macam ni? Sekarang tak pasal-pasal aku jadi macam perempuan manja yang suka menangis.

Petang itu, aku pulang ke rumah dengan mata yang bengkak. Sungguh aku tak sangka akan ada lelaki yang buat aku menangis macam tu sekali. Dan tangisan itu bukanlah tangisan duka. Ia lebih kepada tangisan gembira dan tangisan bersalah, mungkin. Aku rasa bersalah kerana aku tidak ingat dia. Tapi, bila difikirkan balik, aku tahu ada satu sudut dalam hatiku yang sentiasa ingat dia. Sebab dari dulu, aku sentiasa sukakan nama Nazril. Kini aku mengerti kenapa.

Cuma sekarang aku perlu menebus kembali segala kenanganku yang hilang. Akan aku cipta memori baru dengan dia. Kisah aku dan dia yang terhenti waktu aku berumur 7 tahun akan aku sambung kembali. Itulah tekad aku! Dan kesimpulan pada pertemuan kedua aku dengan dia?

Aku cinta dia!!!

********************************************************************

Dia mengambil tanganku ke genggaman tangannya. Lembut dan penuh hati-hati. Dia seperti cuba melindungiku menyebabkan aku sedikit tersenyum. Aku hanya memandang jari manisku disarungkan cincin. Setelah selesai, aku mengambil tangannya, menyalami dan menciumnya lembut. Dia kemudiannya mengangkat daguku sedikit sebelum mengucup dahiku lembut.

Aku menutup mataku perlahan, dan aku dapat rasakan setitis air mata yang mengalir atas kedua pipiku. Aku rasa terlalu syahdu. Entahlah, selepas aku mengenali dia, aku jadi lebih mudah menangis. Ke mana perginya Irissa Maisara yang macam tak berperasaan dulu, aku pun tak pasti.

“After 18 years, you are finally mine, Sara. And I’m yours. All yours….” Bisiknya padaku sambil menyapu air mata di pipiku.

Dan di depan semua sanak saudara dan sahabat handaiku, dia menciumku lagi. Di kedua-dua belah pipiku. Mataku terus terbuka luas.

“Aril!!! Depan orang….” Kata-kataku terhenti tatkala melihat wajah nakalnya. Aku lantas menunduk dan menutup kedua pipiku dengan tangan. Malu!

Dari sekelilingku, dapat aku dengar dengan jelas bunyi ketawa. Ketawa mengusik. Aku mendongakkan kepala, memandang dia yang tersenyum nakal dan dengan relanya, aku menghadiahkan senyuman paling manis buat suamiku, Muhammad Nazril.

Jemput Datang Lagi! :)

Coklat Cinta?? (Sara Aisha)

Terkebil-kebil mataku membaca pamphlet yang baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui tadi. Dan perlahan aku menelan air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk hati itu kelihatan seperti sangat comel dan sangat lazat. Serius! Itu adalah coklat paling menarik pernah aku nampak selama aku menjadi penggemar fanatik coklat.

Okey, ini tidak boleh jadi. Aku harus…tidak! Aku WAJIB belajar macam mana untuk membuat coklat ini. Aku mesti dapatkan rahsia di sebalik coklat itu yang seperti memanggil-manggilku untuk aku jamahnya, untuk aku masukkannya ke dalam mulut…dan kemudian menikmati saat-saat ia cair di dalam mulutku. Oh, heaven!!

Pamphlet di tangan kugenggam erat-erat seraya melajukan langkah ke arah Chocolaterie’s Lounge yang gagah tersergam di hadapanku. Sebaik sahaja tiba di muka pintu, pantas sahaja tanganku menolaknya. Bunyi loceng bergema perlahan namun langsung tidak aku hiraukan.

Pandangan mataku tertancap pada belakang seorang lelaki yang kelihatan seperti sedang memasukkan sesuatu ke dalam beg. Seketika kemudian lelaki itu berpaling. Dan saat itu juga aku tergamam.

Lelaki itu….lelaki itu…seperti coklat! Oh..tidak! Tidak!! Maksudku…dia punya bau coklat yang kuat. Seakan-akan bau coklat itu dihasilkan dari tubuhnya. Dan aku….aku gemar bau itu.

‘Isy, apa kamu fikir ni, Hanis? Merepek betul! Mana ada orang keluarkan bau coklat.’

“Yes??” soal lelaki itu dengan kening yang sedikit terangkat.

Aku tersentak sejenak sebelum aku cepat-cepat menghulurkan pamphlet yang sedari tadi berada di tanganku. “Saya nak join kelas ni.”

Lelaki itu mengerling sekilas pada pamphlet tersebut sebelum akhirnya menjawab dengan tegas. “Kelas ni dah ditutup. I’m not teaching anymore.”

Terkelip-kelip mataku cuba menganalisa kata-katanya tadi.

“Huh?”

Lelaki itu tersenyum kecil seraya mengambil pamphlet dari tanganku dan meletakkannya di meja yang berhampiran. “Saya takkan mengajar lagi.”

“Mana boleh!” Tanpa sedar aku terjerit. Sedikit tersentak lelaki itu dengan tindakan luar kawalanku.

Spontan aku menggigit bibir. Ingin sahaja aku mengetuk kepala sendiri. Okey, kamu…Cik Hanis Nadiah, tolong behave sikit, boleh tak?

“Saya minta maaf, cik. Tapi…kelas ni memang dah ditutup,” ujar lelaki itu setelah beberapa saat kelihatan terperanjat dengan perangai anehku yang enak-enak sahaja menjerit begitu tadi.

“Tapi, kat dalam pamphlet ni tak ada pun tulis, kelas dah ditutup..” bidasku kembali dengan nada yang sedikit berbaur tidak puas hati.

Lelaki itu tersenyum nipis dan menggelengkan kepala. Sedang mentertawakan aku dalam diam, mungkin. Tapi, aku tidak peduli. Yang penting sekarang adalah coklat itu. Ya, coklat yang yummy itu…

“Memang, tapi saya ada hal penting yang perlu diuruskan. So kelas terpaksa ditutup dan sekarang cik boleh keluar.” Lelaki itu membalas seraya memalingkan tubuh.

“Jangan! Encik tak boleh pergi!!” Tanpa sedar, sekali lagi aku terjerit.

Lelaki itu terkaku seketika sebelum menoleh dengan wajah yang kelihatan sedikit aneh. Seperti nakal! Pantas aku mengerutkan dahi. Lelaki ini kenapa?

“Cik nak saya tanggalkan baju kat sini ke?” soal lelaki itu tiba-tiba.

Errk?? Apa jenis soalan ni? Apa kena-mengena kelas nak buat coklat dengan tanggalkan baju? Lelaki ini…lelaki ini penjahat, ke? Oh, tidak!!!

“Errr, encik kenapa…kenapa tanya macam tu?” tanyaku, takut-takut.

Meletus ketawa kecil lelaki itu. Kemudian dia menghalakan bebola matanya ke bawah. Aku turut sama mengikut pergerakan matanya. Dan…

“Oh, mak!” Aku terjerit lagi. Tanganku elok sahaja memegang hujung baju kemejanya. Seakan-akan menariknya agar tidak boleh meninggalkanku. Serta-merta aku melepaskan tangan dan mengangkat kedua-dua tangan itu ke atas, penuh dengan lagak seorang pesalah yang baru sahaja disergah polis.

“Err…err..sorry.” Dengan pipi yang kurasakan seakan membahang, aku memohon maaf. Ya Allah, malunya!

Tanpa disangka-sangka lelaki itu tiba-tiba sahaja memusing tubuhnya dan menapak mendekatiku. Sedikit demi sedikit dengan wajah bersahaja yang kelihatan aneh lagi pelik. Aku apalagi? Terus sahaja berundur ke belakang dan akhirnya melekat di kaunter. Tiada tempat lagi untuk lari.

Lelaki itu pula semakin mendekati dan tiba-tiba meletakkan tangannya di sebelah kiri dan kanan kaunter, memerangkap aku dengan tubuh tegapnya.

“Err…encik…encik…” Tersekat-sekat suara yang keluar daripada kerongkongku.

Lelaki itu menundukkan kepalanya sedikit dan bersuara perlahan.

“Marry me.”

Membuntang mataku. Dia…dia baru sahaja mengajakku kahwin? Ehhhhhh???

“Huh?” Dan hanya itu sahaja yang mampu kututurkan. Sungguh! Aku terkejut!

Terbit senyuman nakal di bibir lelaki itu.

“Marry me and I’ll teach you how to make chocolate.”

Terkebil-kebil mataku menatap wajah lelaki itu. Kahwin…coklat…coklat…kahwin… Eh, mamat ni ingat aku dah terlampau terdesak sangat ke sampai sanggup kahwin dengan dia semata-mata kerana coklat?

Tanpa sedar, laju sahaja tanganku menolak tubuh lelaki itu. Sedikit tersorong ke belakang lelaki itu dengan tindakan luar dugaanku.

“Encik ingat saya ni apa? Saya bukan gila nak kahwin dengan encik sebab macam tu. Saya bukannya kenal encik pun!” marahku penuh kegeraman.

Lelaki itu mengjungkit bahu.

“Well, it’s just a suggestion. Macam saya cakap tadi, saya kena uruskan hal penting. And that perkara penting adalah hal kahwin saya. Parents saya nak saya kahwin sebelum umur saya genap tiga puluh tahun, which means lagi sebulan. And the problem is…saya tak ada calon isteri pun. Tadi saya ingat nak balik kampung untuk pujuk parents saya. Tapi now, you’re here. So maybe perkahwinan ni boleh diteruskan.” Panjang lebar penjelasannya. Sungguh bersahaja.

Melihat betapa selambanya dia menuturkan kata, dapat aku rasakan perasaan geram yang semakin membuak-buak dalam diri. Dia ni ingat aku ni apa? Perempuan tak ada maruah yang boleh diajak kahwin kerana alasan yang remeh macam tu? Memang nak kena pelangkung betul mamat ni!

“But of course, itu bukan kahwin kontrak ke kahwin olok-olok ke. It’s a real marriage. Sebab mungkin…” Kata-katanya terhenti saat dia menghalakan pandangan tepat ke arahku, dengan pandangan yang sukar kumengertikan.

“Cik adalah jodoh yang Allah hantar pada saya.”

Aku terkedu. Terpana. Terkesima. Tubuhku terasa keras tiba-tiba. Hilang sudah perasaan geram dan marahku padanya tadi. Yang tersisa kini cuma perasaan tergamam yang terlampau. Dan juga…perasaan segan yang tiba-tiba menggebu dalam diri. Aduh, apa dah jadi ni?

Aku tersengih dan kemudian pura-pura ketawa. “Hahaha…Encik ni…janganlah buat lawak macam ni.”

“Siapa cakap saya buat lawak?” Lelaki itu membidas kembali. “Saya selalu percaya pada jodoh. Saya yakin  bila tiba masanya, Allah akan hadirkan seseorang untuk jadi teman saya, isteri saya. Sekarang waktu saya tengah buntu tentang soal perkahwinan ni, cik muncul depan mata saya. So, yeah…maybe you’re the one for me.”

Yakin sekali lelaki itu berkata-kata. Seakan tiada langsung riak ragu-ragu. Aku menelan air liur yang tiba-tiba terasa kelat. Apa semua ni? Aku tahulah aku ni single and available lagi, aku pun percayakan pada jodoh…tapi, takkanlah macam ni caranya aku jumpa jodoh aku? Dengan orang yang aku langsung tak kenal?

“Tapi..tapi saya tak kenal encik, encik pun tak kenal saya.” Aku akhirnya menjawab, seakan memberikan alasan agar dia menarik balik kata-katanya tadi.

Lelaki itu tersenyum tiba-tiba. “Waktu parents saya kahwin pun, diorang tak kenal diri masing-masing. Lagipun, lepas kahwin kan…kita boleh berkenalan lebih lanjut. Saya akan cuba mengenali isteri saya, dan cik boleh cuba mengenali suami cik.”

Lidahku kelu tanpa kata. Aku…isteri dia? Dan dia…suami aku? Ala, lembut sungguh nada dia berbicara. Aku pula yang terasa berdebar tiba-tiba.

“So, my future wife…apa nama awak?” soal lelaki itu tiba-tiba.

Aku tergamam buat seketika. Dan entah kenapa laju pula lidahku menjawab. “Hanis Nadiah.”

Terbit senyuman di bibir bakal suamiku…errk, alamak..kenapa aku boleh mengaku dia bakal suamiku?

“And your future husband is…Alif Rifqi.”

*****

Okey, aku memang tidak betul. Aku kena masukkan diriku dalam Hospital Tanjung Rambutan, atau tak pun…Hospital Tampoi. Macam mana aku boleh bersetuju dengan keputusan lelaki itu…Alif Rifqi?

Ya, aku…Hanis Nadiah baru sahaja menerima pinangan Rifqi. Tadi sewaktu ibu bapanya tiba ke rumah dan kemudian meminang bunga di taman iaitu aku, bersahaja sungguh aku bersetuju untuk menerima lelaki itu saat abah dan umi menyoal.

Dan yang lagi haru…perkahwinan kami akan diadakan dua minggu lagi, serentak dengan ulang tahun Rifqi yang ke tiga puluh. Apa aku buat ni?? Aku cuma nak belajar macam mana nak buat coklat paling sedap…kenapa pula boleh sampai ke tahap kahwin ni?

Umi, tolong Hanis, umi!!!

“Hanis, kenapa tak dijawab telefon tu?” Tiba-tiba suara umi hinggap di telinga.

Pantas aku menoleh ke arah umi yang tercegat di hadapan muka pintu. Umi dengar aku panggil dia ke tadi? Wah, hebatlah umi boleh dengar panggilan hati aku.

“Ya Allah, budak ni…kenapa duk terkebil-kebil lagi tu? Takkan tak dengar bunyi telefon kamu tu?” tempelak umi tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya.

Segera aku mengalihkan pandangan ke arah telefon bimbit yang elok terletak di atas meja solek. Yang sedang riang mengalunkan ringtone ‘All the love in the world’ nyanyian The Corrs. Aku tersengih pada umi sebelum cepat-cepat mengambil telefon itu.

Melalui hujung mata, dapat kulihat umi yang menggelengkan kepala sebelum berlalu pergi. Pasti dia merasakan anak daranya yang seorang ini sudah terserlah tahap tidak betulnya.

“Helo,” ujarku pada si pemanggil. Tidak bersemangat langsung.

“Helo, sayang…”

Oh, mak! Siapa pula yang bersayang-sayang dengan aku ni?

“Siapa sayang awak?” marahku. Geram!

Jelas kedengaran bunyi ketawa lelaki di sebelah sana. Apa mamat ni gelak-gelak pula? Dia pun sama macam aku? Sudah tidak betul? Putus urat kat otak? Gila?

“Sayang ni…takkanlah dah lupa saya kut. Tadi baru je jumpa parents saya,” jawab lelaki itu di sebalik sisa tawanya.

Aku mengerutkan dahi. Jumpa parents dia? Aku cuma jumpa…Ya Allah! Rifqi! Dia ni Rifqi.

“Err..Rifqi…” balasku perlahan. Tangan kiriku sudah mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Haaa, tahu pun! Kenal pun bakal suami sendiri, kan?” sergah Rifqi dalam nada bergurau.

Spontan aku memuncungkan bibir. Dia ni pun…agak-agaklah, takkanlah aku tak kenal bakal suami sendiri kut. Walaupun bakal suami itu bukanlah lelaki yang sangat kukenali, apatah lagi kucintai. Hmmm…mampu ke aku jatuh cinta dengan dia ni nanti?

Pantas aku mengetuk kepala. Apa yang aku fikir ni? Cinta? Rifqi sendiri pun tidak pernah bercakap pasal cinta, kenapa pula aku yang fikir lebih-lebih?

“Hanis…” panggilnya tiba-tiba. Lembut.

“Hmm..” jawabku, sekadar berbasi-basi.

“Thanks, tau.”

Dahiku membentuk kerutan lagi. “Untuk apa?”

Terdengar di hujung telingaku helaan nafas Rifqi. Lelaki ini kenapa? Seperti tiba-tiba sahaja serius dan bermasalah? Isy, risau aku!

“Sebab sudi terima pinangan parents saya tadi.”

Aku tergelak kecil. Rifqi…Rifqi, sudah saya janji dengan awak, apa yang dirisaukan lagi? Ya, memang apa yang jadi antara kami sangatlah pelik bin ajaib dan aku sendiri pun sudah merasakan yang aku ini gila, tetapi aku bukan jenis manusia yang akan memungkiri janji sesuka hati saja.

“Kenapa awak gelak? Saya serius ni,” ucap Rifqi, sedikit menempelak. Nampak sangat tidak berpuas hati denganku. Isy, bakal suamiku ini kuat merajuk juga rupa-rupanya.

“Awak ni…kan saya dah janji dengan awak yang saya akan setuju? Kenapa? Awak ingat saya ubah fikiran, ke?” balasku bersahaja.

“Well…awak kan setuju nak kahwin dengan saya sebab kelas coklat tu? Manalah saya tahu, kalau-kalau awak jumpa chocolaterie lain yang boleh ajar awak.”

Aku terdiam. Entah kenapa, nada suara Rifqi kedengaran jauh sekali. Seakan menyimpan suatu rasa dalam suara itu. Perlahan aku menghela nafas. Otakku ligat memikirkan jawapan yang sepatutnya aku berikan. Jawapan yang boleh menyenangkan hatinya.

Okey, kenapa aku boleh fikir pasal hati dia pula ni? Tadi cinta…sekarang hati? Apa dah jadi pada aku ni???

“Hanis, awak dengar tak ni?”

Tersentak aku mendengarkan suaranya yang sedikit kuat. Isy, tak reti-reti nak sabar ke cik abang oi? Saya tengah fikir macam mana nak senangkan hati awak ni.

“Rifqi, pasal kelas tu…memang betul. Saya setuju sebab saya nak belajar buat coklat daripada awak. Tapi…”

Kata-kataku terhenti. Tapi apa, ya? Kenapa aku boleh selamba saja bersetuju dengan kerja gila ni?

“Tapi apa, Hanis?”

“Tapi…err, tapi…maybe betul kut saya ni untuk awak!”

Fuh, terjawab juga akhirnya. Tapi…apa aku jawab tadi? Saya untuk awak? I’m meant for you? Oh, my...malu kot!!!

Rifqi tertawa. Riang sekali. Sukalah tu sebab aku dah terlepas cakap macam tu.

“Awak tahu, Hanis…bila kita dah kahwin nanti, saya akan ajar awak buat sejenis coklat paling special.” Rifqi bersuara setelah tawanya mati.

“Coklat apa?” soalku penuh dengan perasaan teruja. Oh, akulah peminat fanatik coklat nombor satu di dunia ni!

“Coklat…cinta,” bisik Rifqi perlahan dan penuh kelembutan sebelum dia tiba-tiba sahaja mematikan telefon.

Mataku membuntang. Tubuhku pula seperti kaku. Rifqi cakap apa tadi. Coklat…cinta?

*****

“Rapat lagi..rapat lagi..”

Spontan aku menjeling ke arah jurugambar yang sedang menggerak-gerakkan tangannya sambil mulut terkumat-kamit meminta aku dan Rifqi lebih rapat. Dia ni kan…nak rapat macam mana lagi? Aku dah dekat sangat dengan lelaki di sebelahku ini.

Tiba-tiba aku dapat merasakan tangan Rifqi yang melekat di pinggangku. Pantas aku menoleh ke arahnya dengan mata yang sedikit membulat. Lelaki itu hanya tersengih, mengangkat kening dan kemudian…

“Oh, mak!” Aku terjerit saat dia selamba sahaja menarik pinggangku ke arahnya. Sedar-sedar sahaja wajahku sudah pun tersembam ke arah dadanya. Aduh, sakitnya kepala aku!

Pantas aku mengangkat wajah dan…alamak, dia tengah tenung aku. Perlahan aku menelan air liur. Dadaku mula berkocak hebat. Oh, wahai jantung…tolonglah jangan jadi macam ni.

“Wah, bagus-bagus…macam nilah yang kita nak. Okey, stay macam tu…” Suara jurugambar tadi tiba-tiba singgah di hujung telinga.

Cepat-cepat aku cuba menjarakkan tubuh. Malu!

“Shhh…jangan bergerak. Kan abang tu baru je pesan?” bisik Rifqi tiba-tiba. Senyuman lebar tersungging di bibir nipisnya.

“Tapi…”

“Hanis sayang…jangan bergerak, okey?” tegas Rifqi sekali lagi. Matanya merenungku dengan pandangan yang sungguh lunak. Alahai, ini yang aku lemah ni…janganlah tengok saya macam tu, Encik Alif Rifqi oi…

“Yalah..yalah, saya duk diam-diam. Saya ikut cakap abang photographer,” ucapku akhirnya.

Makin lebar senyuman Rifqi.

“Good girl…Puan Hanis…”

Aku menjeling ke arah Rifqi dan kemudian, tanpa dapat ditahan-tahan bibirku menguntum senyuman. Ya, dia  sudah sah sebagai suamiku.

“Okey, stay macam tu….”

Klik!

*****

“Okey, kacau perlahan-lahan…”

Aku mengerling ke bahu kananku. Elok sahaja dagu Rifqi mendarat di situ. Tangan kirinya kemas memeluk pinggangku dari belakang. Tangan kanannya pula enak-enak sahaja memegang tanganku yang sedang mengacau coklat di dalam periuk. Eh, suami aku seorang ni…macam mana aku nak masak coklat ni kalau dia asyik menempel macam ni?

“Rifqi…”

“Abang.”

Memuncung bibirku mendengar kata-katanya tadi. Dia ni tak habis-habis cuba mengajar aku memanggilnya ‘abang’. Sejak hari pertama kami berkahwin. Tetapi mulutku ini susah benar untuk membiasakan diri dengan panggilan itu. Nak buat macam mana, kan? Kami berkahwin ni pun sudah ala-ala express aje. Manalah mudah untuk aku terbiasa dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dan suami, bukan?

“La, dia menyudu pulak dah. Tengok mulut tu…isy, ada pulak yang kena kiss tengah-tengah dapur ni.” Selamba Rifqi bersuara. Wajahnya ditoleh sedikit ke arah mukaku yang hanya beberapa inci jauhnya daripada mukanya sendiri.

Spontan aku menggoyangkan bahu kanan. Terangkat dagu Rifqi dengan tindakanku itu.

“Aduh, sakitlah dagu abang!” Rifqi mengaduh, sedikit kuat.

Aku tersenyum puas sambil menayangkan riak selamba.

“Siapa suruh cakap macam tu? Kan dah kena penangan padu saya.” Aku membalas, masih dengan riak berpuas hati. Haha, padan muka awak, Rifqi!

“Hanis. Bukan ‘saya’ tapi ‘Hanis’, okey?” jawab Rifqi. Nada suaranya kedengaran sedikit tegas.

Aku mengerling sekilas ke arah Rifqi yang masih lagi menggosok dagunya. Isy, kasihan pula dengan suamiku yang seorang ini. Perlahan aku melepaskan senduk di tangan dan berpaling. Kepalaku didongakkan sedikit, mahu menatap wajahnya. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan kanan dan menyentuh dagu itu, mengusap dengan penuh kelembutan.

“Sakit lagi ke?” soalku perlahan.

Rifqi membatu. Hanya hujung matanya yang mengerling ke arahku. Aku mengeluh dalam hati. Alahai, sudah…merajuk pulak dah orang tua seorang ni. Sabar jelah aku dengan perangai dia ni.

“Yalah, yalah…Hanis…abang, okey?” pujukku, lembut. Kali ini tanganku mula mengusap-ngusap pipinya. Mahu memujuk suami yang sedang memendam rasa.

Tanpa disangka-sangka, Rifqi menarik tanganku dan menggenggamnya erat. Sedikit demi sedikit bibir nipisnya menguntum senyuman. Hatiku mula bersorak gembira. Yesss!! Berjaya!! Senang sungguh memujuk dia.

“Coklat kat belakang tu, sayang…” Rifiq bersuara tiba-tiba.

Erkk, coklat aku!! Serta-merta aku berpaling. Fuh..nasib baik tak hangus. Kalau tak, mahunya aku makin hati berulam jantung berminggu-minggu. Yalah, ini dahlah kali pertama aku buat coklat aku sendiri. Dah tu, aku nak bagi pada Rifqi pulak tu sebab aku…aku…sayangkan dia?

Gulp, aku menelan air liur sendiri. Aku sayangkan dia, ke? Cintakan dia, ke? Entahlah, aku sendiri pun tak pasti. Yang aku tahu, dia suami aku yang sah. Dan aku dengan relanya sudah pun berserah padanya, atas rasa tanggungjawab seorang isteri.

“Hmm, nasib baik tak jadi apa-apa. Sayang ni pun, tahulah abang kacak, bergaya, macho…

Aku mencebik saat mendengar setiap patah kata suamiku yang masih enak menempel di belakangku. Perasan sungguh dia!

“Sebab tulah Hanis asyik sangat tengok muka abang ni, sampaikan boleh lupa…”

Alahai, bila dia nak berhenti masuk bakul angkat sendiri ni? Ingin sekali aku tolak dia jauh-jauh dan biarkan aku seorang kat dapur ni. Tapi, dia cikgu aku…kalau bukan dia yang mengajar aku, macam mana aku nak buat coklat paling best ni?

“Awa..err..abang, dah…jangan perasan lagi. Cuba tengok coklat ni, dah okey ke tak?” sampukku selamba. Kalau aku tak buat macam tu, alamatnya sampai ke bila-bila pun aku terpaksa menadah telinga mendengar semua itu.

Muncul kepala Rifqi dari belakangku. Dan dengan lagak serius, dia mengacau coklat di dalam periuk.

“Hmmm, dah cukup likat. Now, masukkan dalam bekas ni dan lepas tu tunggu sejuk.” Sedikit tegas, dia mengarahku.

Mendengar nada suaranya yang tegas, disertakan pula dengan wajah seriusnya, aku pula yang bengkak dalam hati. Ala, tak maulah suami strict macam tu, nak yang mengada-ngada tu, yang manja, yang suka merajuk tu…

Isy, apa aku fikir ni? Sempat pula fikir macam-macam!

“Okay, done!” ujarku sedikit kuat. Teruja sangat bila melihat hasil kerja kerasku sudah hampir siap. Bukan senang rupanya nak buat coklat sendiri. Nasib baik aku kahwin dengan chocolaterie, tak payah susah-susah buat sendiri, buka mulut je…terus dapat coklat sedap! Coklat buatan Rifqi pula tu!

Rifqi tertawa kecil. Ketawakan akulah tu. Nampak sangat kut!

“Memang fanatik dengan coklat, ya?” bisiknya perlahan di hujung telinga.

Aku menjeling dan dengan selamba aku menjawab. “Taklah, Hanis minat chocolaterie kat sebelah ni. Tapi dia suka kacau Hanis, dia suka merajuk, dia suka buat Hanis pujuk dia…”

Dan makin kuat pula suamiku meledakkan tawa.

*****

“Ala, nape Hanis punya coklat tak sedap macam coklat abang?” Jauh nada suaraku. Serius sedih sebab coklat aku tidak sesedap coklat Rifqi.

Lebar senyuman di bibir suamiku. Isy, dia ni tak sensitif langsug. Orang tengah sedih, boleh pula dia senyum-senyum macam tu? Sudah tidak betulkah, suamiku sayang??

“Hmm…maybe sebab abang lebih sayangkan Hanis, daripada Hanis sayangkan abang? Sebab tu coklat abang untuk Hanis lebih sedap daripada coklat Hanis untuk abang.” Masih dengan senyuman yang tersungging di bibir, Rifqi menjawab.

Tersirap darah panas ke wajahku. Dan serta-merta juga perasaan tersinggung muncul dalam hati. Aku tahu dia bergurau..tetapi entah kenapa, terasa sungguh hatiku dengan kata-katanya itu. Ya, walaupun aku sendiri kurang pasti akan perasaanku padanya, namun aku yakin akan satu perkara. Rifqi ada di hatiku.

Jadi kenapa dia mesti mengatakan sayang aku padanya sedikit berbanding sayangnya padaku? Lagi satu, dia  sendiri pun tidak pernah mengatakan sayang…jauh sekali cinta padaku.

“Hei, kenapa senyap tiba-tiba ni?” soal Rifqi tiba-tiba. Bahuku dicuit sedikit.

Aku hanya mendiamkan diri. Mesti wajahku saat ini mencuka masam mengalahkan mangga hijau. Tapi, aku tidak peduli. Aku memang tengah sedih…tengah terasa dengan Rifqi!

Rifqi memegang kedua bahuku sebelum menarikku agar berhadapan dengannya. Lembut dia mengangkat daguku, memaksa aku untuk menentang pandangan matanya. Aku hanya mengikut tanpa reaksi.

“Hanis terasa dengan abang ke?” Lembut dia menyoal. Matanya merenungku lembut dan lunak.

Aku memuncungkan mulut.

“Abang ni…nape cakap sayang Hanis kurang? Tak banyak?”

Terlepas ketawa kecil Rifqi.

“So, Hanis sayangkan abanglah ni?”

Spontan aku menampar lengannya. “Tanya lagi!”

“La..dah orang tu tak pernah cakap, abang tanyalah.” Rifiq membalas.

“Eleh, abang pun sama...tak pernah cakap pun,” bidasku kembali. Yalah, betul apa…dia memang tak pernah pun nak meluahkan perasaan ke apa. Dia tak tahu ke aku ni perempuan, isteri dia pula tu…aku pun nak juga dengar kata-kata jiwang, kata-kata manis dari mulut dia.

Rifqi tertawa lagi. 

Aku mencebik. Isy, dia ni kan…kenapalah suka sangat ketawakan aku saat aku marah-marah macam ni?

“Siapa bilang abang tak pernah cakap?” soalnya lembut.

Aku mengerutkan dahi. Eh, memang Rifqi tak pernah cakap dia sayangkan aku. Kalau pernah, confirm aku ingat. Melekat terus dalam otak.

“Tak ingat, ek?” tanyanya lagi. Hujung hidungku dicuit.

“Memang pun. Abang mana pernah cakap.” Aku menjawab, sedikit kuat dengan nada tidak puas hati.

“Isy, sayang ni…nak kata dah tua, memang taklah. Tapi, macam mana boleh lupa ni? Kena short-term memory loss, ya?” usik Rifqi lagi. Tidak terkesan langung dengan tingkahku yang mula kegeraman.

“Abang ni!” Aku terjerit. Geram! Isy, sabar jelah aku dengan dia ni.

Rifqi ketawa lagi sebelum tiba-tiba meraih aku ke dalam rangkulannya.

“Coklat…cinta. Tak ingat ke, sayang?” Lembut dia berbisik di hujung telingaku.

Aku tergamam dalam pelukan hangatnya. Coklat cinta? Macam pernah dengar je. Itu…yalah, malam tu! Malam lepas aku terima pinangan dia. Malam dia tiba-tiba mematikan telefon macam tu aje.

“Hanis tahu tak..betapa malunya abang lepas cakap tu? Sebab tulah abang hang up macam tu aje. Mulut abang ni pun…kenapalah boleh terlepas cakap?”

Melebar senyuman di bibirku. Aish, sweet pulak suamiku seorang ini. Ingatkan tak romantik langsung.

“Oh, terlepas cakap ek? So, abang tak betul-betul maksudkan kata-kata abang tu?” soalku dengan nada yang dibuat-buat merajuk. Sengaja mahu mengusiknya. Itulah, siapa suruh usik aku sangat?

Rifqi tiba-tiba sahaja meleraikan pelukan dan menolak bahuku, sedikit menjauhi tubuhnya.

“Siapa cakap? Hanis jangan berani nak cakap macam tu.” Tegas sekali Rifqi menuturkan kata. Matanya tajam merenungku.

Gulp! Alamak, Rifqi macam marahlah.

“Err…Hanis..Hanis…”

“Hanis tahu tak, apa yang abang cakap tu betul-betul datang dari hati abang? Maybe Hanis susah nak percaya, tapi..abang memang…memang…” Kata-kata Rifqi terhenti tiba-tiba. Tangan kanannya mula memicit belakang leher. Wajahnya kulihat sedikit demi sedikit memerah. Aku menahan tawa dalam hati. Alahai, tengah malu-malu ke cik abangku sayang? Comelnya dia.

“Memang apa?” Sengaja aku menyoal. Kening kuangkat tinggi. Nakal!

Rifqi mengecilkan matanya, menundukkan kepala hingga dahinya menyentuh dahiku. “Ini tengah sakat abang ek?”

Aku tersenyum lebar, membalas pandangan matanya yang dekat benar.

“Tak adalah tengah sakat. Hanis tanya betul ni.”

“Betul nak tahu?” soal Rifqi, dengan dahi yang masih setia melekat pada dahiku. Sudah seperti kembar siam!

“Betul. 100% betul.” Aku menjawab, penuh bersemangat.

Rifqi mendiamkan diri. Hanya matanya yang merenung mataku. Lama. Terkebil-kebil aku cuba membalas. Jantungku mulalah berkocak hebat. Aduh, lemah semangat tengok renungan maut dia.

“Abang memang jatuh hati pada Hanis, waktu pertama kali kita jumpa.” Tenang, gemersik dan lembut suara Rifqi menjamah telinga. Kemudian dia mengangkat kembali kepalanya dan menyandar pada kabinet dapur.

Aku terkaku. Diam tanpa reaksi. Jatuh hati waktu pertama kali jumpa?

“Betul?” soalku akhirnya. Perlahan.

Rifqi menggigit bibir. “Err…abang tipu.”

Dapat kurasakan mulutku yang mula melopong. Dia tipu? Maksudnya dia tak jatuh hati pada akulah?

“Isy, janganlah terkejut macam tu sekali. Masuk lalat dalam mulut tu nanti.” Selamba Rifqi bersuara, dengan sengihan di bibir.

“Abang ni!” Aku terjerit.

“Hei, janganlah sedih macam tu sekali. Isy, sayang sangat dengan abang rupanya isteri abang seorang ni,” sakat Rifqi lagi. Tangannya mula menarik aku ke arahnya. Mahu tak mahu, aku mengikut dengan muka yang sengaja dikelatkan.

Lembut Rifqi memegang pipiku.

“Abang tak tahu bila masanya abang jatuh hati pada Hanis. Maybe waktu Hanis tunjukkan pamphlet tu, maybe waktu Hanis pegang hujung baju abang or maybe waktu Hanis menjerit tiba-tiba tu…”

Menyerbu rasa malu ke pipiku. Isy, part aku menjerit dan pegang hujung baju tu jugalah yang dia ingat. Malulah!

“Tapi, yang pastinya…waktu Hanis tengok abang masa Hanis tarik baju abang tu, hati abang mula rasa lain macam. Sebab tulah, abang dengan selambanya boleh ajak Hanis kahwin. Memang terkeluar terus perkataan kahwin dari mulut abang.”

Aku tersenyum manis. Hangat sungguh hatiku dengan pengakuannya. Jadi keputusannya itu memang bukan kerana ibu bapanya semata-mata, tetapi kerana hatinya juga.

“Abang tahu Hanis rasa terkejut, mesti rasa abang ni gila, kan?”

Pantas aku mengangguk. “Memang betul pun.”

Terlopong mulut Rifqi sebelum akhirnya menjatuhkan tangannya yang sedari memegang pipiku. Kemudian dia menarik hidungku.

“Perlu ke setuju tadi?”

Aku tergelak sambil menggosok hidungku. Rifqi ni sesuka hati je tarik hidung aku!

“Tapi, kenapa Hanis setuju?”

Tersentak aku dengan soalannya yang tiba-tiba. Tergamam buat seketika. Yalah, kenapa ya aku boleh bersetuju? Takkanlah hanya kerana aku mahu belajar macam mana nak buat coklat deripadanya? Ah, mustahil! Aku bukan jenis yang akan memperjudikan nasibku, menyerahkan diriku pada seorang lelaki hanya  kerana sebab sebegitu.

“Kenapa?” Rifqi menyoal lagi. Lembut.

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum akhirnya mendekati suamiku dan mengambil tempat di sebelahnya.  Sama-sama menyandar pada kabinet dapur. Perlahan aku memeluk lengan Rifqi dan menjatuhkan kepalaku ke sisi bahunya.

“Eh, nak bermanja pula dia.”

Tersenyum aku mendengarkan komen Rifqi. Namun aku tidak mempedulikannya sebaliknya aku mula besuara perlahan. “Entahlah, Hanis sendiri pun tak tahu kenapa Hanis boleh setuju macam tu aje, sedangkan sebelum ni…kalau ada yang cakap macam tu, confirm kena penampar siam Hanis…”

Jelas kedengaran di telingaku bunyi Rifqi yang tergelak kecil. Aku melebarkan senyum. Suamiku ini suka sangat gelakkan aku. Lucu sangat ke aku ni?

“Tapi maybe apa yang abang cakap tu buat hati Hanis macam tak mampu tolak abang,” sambungku lagi.

“Apa yang abang cakap?”

Aku mengangguk. “Yang mungkin Hanis adalah jodoh yang Allah hantar pada abang. Masa tu elok-elok aje Hanis nak marah abang, boleh terus diam.”

Rifqi menoleh tiba-tiba.

“Oooo, masa tu ada hati jugalah nak bagi penampar siam kat abang ya?”

Aku tersengih. “Opps..”

Meledak tawa Rifqi.

“Isteri abang ni…ganasnya dia!” jerit Rifqi di sebalik sisa tawanya.

Pantas aku menyiku perut Rifqi. “Abang!!”

Lagi kuat pula ketawa Rifqi, seolah-olah tindakanku menyikunya tiada kesan langsung. Tidak sakitkah wahai suamiku?

“Thanks tau, sebab setuju masa tu. Kalau tak, tak tahulah apa abang patut buat.” Rifqi bersuara setelah tawanya mati.

“Abang kenalah tackle Hanis. Buat macam orang lain buat tu…” Aku menjawab selamba.

“Eh, tak naklah!” balas Rifqi pula.

Aku mendongak ke arahnya dengan kerutan di dahi.

“Kenapa tak nak?” Aku menyoal bersama nada tidak puas hati. Yalah, cakap suka kat aku…kenapa pula tak nak cuba mendekati aku? Mengurat aku?

Rifqi mengerling sekilas padaku dan dengan lagak penuh selamba, dia menjawab. “Tackle macam tu tak best.”

“Kenapa tak best?” soalku kembali. Masih sedikit geram padanya.

Tidak semena-mena Rifqi meraih aku ke dalam pelukannya, membawa aku rapat kepadanya.

“Apa yang bestnya cuba mengurat perempuan yang tak halal bagi abang? Abang tak boleh buat apa-apa pun pada dia…” bisik Rifqi di hujung telingaku.

Menyerbu darah panas ke pipiku. Rifqi ni kan…

“Abang tak boleh sentuh dia….abang tak boleh…”

“Abang! Dah, jangan cakap apa-apa lagi,” sampukku seraya menampar dadanya. Dia ni, kalau tak dihalang, entah apa yang akan keluar dari mulut tu.

Rifqi meleraikan pelukan tiba-tiba, namun kedua-dua tangannya masih setia melekat di sisiku.

“Betul apa bang cakap ni, kan? Kalau tackle Hanis masa tu, abang tak boleh buat macam ni…”

Dan perlahan dia mengucup pipiku lembut. Aku terkedu buat seketika sebelum akhirnya menguntum senyuman di bibirku. Alahai, sweet sungguh suamiku yang seorang ini. Manis sekali! Manis macam coklat yang biasa dia hasilkan.

Tetapi….manis lagi cintanya padaku!

*******

Kata Sara Aisha: Cinta itu adalah suatu perasaan yang unik, yang merupakan anugerah daripada Allah buat kita, manusia biasa. Dia boleh menitipkan rasa cinta itu ke dalam hati kita cuma dalam masa sesaat saja. Ya, cuma sesaat!

Dan kalau Dia mengatakan bahawa cinta itu takkan ada dalam hati, walau sepuluh tahun sekali pun kita mengenali seseorang itu, takkan mungkin kita akan jatuh cinta padanya.

Jemput Datang Lagi! :)