Saturday, 23 February 2013

Kuih Apam (Pastry)


KUIH APAM 
BAHAN BAHAN:

2 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

¾ cawan gula pasir

1 ½ camca teh mauripan

1 ½  camca air

CARA-CARA:

1.   Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
     2.   Simpan dalam bekas yg tertutup. Perap sehingga 1 atau 1 jam lebih.
     3 Sementara menunggu, panaskan air kukusan sehingga betul-betul panas dan mendidih.
     4. Bila adunan tepung dah naik, pukul sekali lagi utk keluarkan anginnya.
     5. Masukkan dlm acuan. Biarkan selama 10 minit. Kukus dgn api sederhana.
     6. Kalau guna acuan lompang, kukus dlm 20-25 minit sahaja. Kalau guna Loyang biasa  kukus dlm 30-40 minit.
     7. Boleh dimakan bersama kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam.



Jemput Datang Lagi! :)

Friday, 22 February 2013

Ikan Bawal Masam Manis (Masakan Melayu)

IKAN BAWAL MASAM MANIS


BAHAN-BAHAN:

 Ikan Bawal

 Serbuk kunyit 

 Bawang merah 4 ulas

 Bawang putih 2 ulas

 Bawang besar 2 labu

 Tomato 2 biji

 Cili hidup 3 tangkai

 Pes cili 2 sudu besar

 Sos tomato 5 sudu makan

 Sos cili 3 sudu makan (kalau suka)

 Tepung jagung 1 sudu makan

Garam secukup rasa

 Air



CARA-CARA:


Ikan bawal dibersih dan dipotong. Letak serbuk kunyit dan sedikit garam, goreng. Toskan.

Cara sediakan sos :

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.

Bawang besar dan tomato dibelah 4. 

Cili hidup dibelah dua.
   
Bawang yg telah ditumbuk ditumis hingga naik bau.

Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
  
Masukkan air secukupnya, masuk sos tomato, sos cili (boleh lebih jika suka).
  
Apabila mendidih, bancuhkan conflour dgn sedikit air lalu masukkan ke dalam kuah    yg sedang mendidih.

Masukkan kesemua bahan2 yg dipotong tadi. Rasa garam, akhir sekali taburkan sos yg telah masak keatas ikan yg telah digoreng tadi.

Siap utk dihidang. 

Photo: IKAN BAWAL MASAM MANIS 
Oleh: Jamaliah Ibrahim

Ikan bawal dibersih dan dipotong. Letak serbuk kunyit dan sedikit garam, goreng. Toskan. Cara sediakan sos : 4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus. 2 labu bawang besar dibelah. 2 biji tomato dibelah 4. 3 tangkai cili hidup dibelah dua. Bawang yg telah ditumbuk ditumis hingga naik bau. Masukkan 2 sudu besar pes cili, kacau hingga pecah minyak. Masukkan air secukupnya, masuk 5 sudu makan sos tomato, 3 sudu makan sos cili (boleh lebih jika suka). Apabila mendidih, bancuhkan 1 sudu makan conflour dgn sedikit air lalu masukkan kedalam kuah yg sedang mendidih. Masukkan kesemua bahan2 yg dipotong tadi. Rasa garam, akhir sekali taburkan sos yh telah masak keatas ikan yg telah digoreng tadi....siap utk dihidang.

Selamat Mencuba! :)


Selamat Mencuba! :)





Jemput Datang Lagi! :)

Wednesday, 6 February 2013

Izinkan Ku Pergi (Cerpen)

Assalamualaikum semua :)
Mulakan hari anda dgn senyuman.
Hari ni saya ada mood nak cerita pasal cerpen.
Mesti ramai yg suka baca novel atau cerpen kan?
Hmm, ramai org tak tahu yg sy dah menceburi bidang penulisan sekarang.
Sebab tu lah sy nak letakkan karya2 sy dlm blog ni.
Tp secara jujurnya sy masih belum ada keberanian nak letakkan karya sy kat sini.
So, wat masa ni sy cme copy paste karya penulis2 lain je.
Bila sy da ade keyakinan nti, sy akan masukkan karya sy plak yea.
Apapun, tlg abaikan ayat sy yg mcm keling kelam kabut ni.
Karya sy x de short form, ayat rojak or penggunaan bhse pasar mcm yg sy gne kn skunk tau.
Hee..
Ok la..hari ni sy nak promote satu karya yg paling sy suka sejak 4 tahun lepas! 
Wohoo, lama tu kan?
Tajuk cerpen ni IZINKAN KU PERGI, karya Adra Adlina.
Wajib baca ni. Best sgt!
Selamat membaca! ^^

TAJUK: IZINKAN KU PERGI
KARYA: ADRA ADLINA


Suasana di dalam rumah kayu jati dua tingkat itu sungguh riuh-rendah. Sanak-saudara yang dekat mahupun jauh turut sama datang untuk membantu Syifaa’ menyempurnakan persiapan majlis perkahwinannya. Walaupun lebih kurang tiga bulan lagi detik bersejarah itu akan berlangsung, mama dan papanya begitu beria untuk melaksanakan persiapan sesempurna mungkin buat anak bongsu mereka. Namun, wajah Nur Syifaa’ Adriana tidak seceria bakal pengantin yang lain. Dia tampak pucat dan langsung tak bersemangat. Bukannya tidak bersyukur, tetapi. Hmm…
Arifah merenung wajah adik perempuan bongsu kesayangannya. Lantas dia memaut lembut tangan Syifaa’ dan memimpin adiknya ke bilik. Menyepikan diri seketika daripada keriuhan suasana. Masuk ke bilik, Syifaa’ terus duduk di sofa. Dia menanti perkataan yang bakal terucap dari bibir kakaknya.

Jemput Datang Lagi! :)

Monday, 4 February 2013

Kofta ( Masakan Middle East)


KOFTA 

Bahan2nya :

 Daging hancur
Saffron
 Nasi (Dimasak lembik dan dihancurkan 
Garam dan lada hitam
Jintan putih
Bawang besar (Dicincang halus)
Bawang putih (Dicincang halus)
Minyak


Cara2nya :

1.     Campurkan semua bahan, pastikan nasi cukup untuk mengelakkan daging itu hancur apabila digoreng.
2.    Bentukkan bulat-bulat.
3.    Panaskan minyak tapi jangan terlalu panas.
4.    Goreng. Setelah siap, pastikan bahagian dalam kofta betul2 masak.
5.    Jika tidak masak, jangan goreng semula.
6.    Ambil tray dan susun semua kofta sebelum dimasukkan ke dalam oven.
7.    Biarkan beberapa minit. (Kofta akan jadi lebih sedap dan lembut)





#TIPS: Jangan goreng terlalu lama kerana Kofta akan jadi keras)

DAN..

INILAH HASILNYA! :)





Tak susah pun kan?
Kofta ni boleh dimakan macam tu sahaja atau dicampurkan dgn kuah-kuah biasa.
Contohnya kuah kari, kuah sambal, dll.

SELAMAT MENCUBA! :)

















Jemput Datang Lagi! :)

Dumpling (masakan cina)


Dumpling
Bahan-bahan:

 Kulit Dumpling
 Beberapa helai daun kucai/daun bawang/kubis.
 1 inci halia (dicincang halus)
 1 sudu sos bijan
 2 sudu kicap cair
 lada sulah atau lada hitam
 sos tiram
 udang (dicincang halus)
 tepung jagung

Sambal pencicah:

 halia (diracik halus)
 bawang besar
 cili padi
 kicap cair
 sedikit gula
 sedikit cuka

Cara-caranya:

1. Gaul semua bahan-bahan inti.
2. Ambil sedikit dan masukkan dalam kulit dumpling.
3. Basahkan keliling kulit dumpling supaya permukaan mudah lekat dan tidak terbuka.
4. Apitkan mengikut kreativiti anda.
5. Kukus sehingga masak dan hidangkan bersama sambal pencicah.





SELAMAT MENCUBA! :)







Jemput Datang Lagi! :)