Assalamualaikum semua :)
Mulakan hari anda dgn senyuman.
Hari ni saya ada mood nak cerita pasal cerpen.
Mesti ramai yg suka baca novel atau cerpen kan?
Hmm, ramai org tak tahu yg sy dah menceburi bidang penulisan sekarang.
Sebab tu lah sy nak letakkan karya2 sy dlm blog ni.
Tp secara jujurnya sy masih belum ada keberanian nak letakkan karya sy kat sini.
So, wat masa ni sy cme copy paste karya penulis2 lain je.
Bila sy da ade keyakinan nti, sy akan masukkan karya sy plak yea.
Apapun, tlg abaikan ayat sy yg mcm keling kelam kabut ni.
Karya sy x de short form, ayat rojak or penggunaan bhse pasar mcm yg sy gne kn skunk tau.
Hee..
Ok la..hari ni sy nak promote satu karya yg paling sy suka sejak 4 tahun lepas!
Wohoo, lama tu kan?
Tajuk cerpen ni IZINKAN KU PERGI, karya Adra Adlina.
Wajib baca ni. Best sgt!
Selamat membaca! ^^
TAJUK: IZINKAN KU PERGI
KARYA: ADRA ADLINA
Suasana di dalam
rumah kayu jati dua tingkat itu sungguh riuh-rendah. Sanak-saudara yang dekat
mahupun jauh turut sama datang untuk membantu Syifaa’ menyempurnakan persiapan
majlis perkahwinannya. Walaupun lebih kurang tiga bulan lagi detik bersejarah
itu akan berlangsung, mama dan papanya begitu beria untuk melaksanakan
persiapan sesempurna mungkin buat anak bongsu mereka. Namun, wajah Nur Syifaa’
Adriana tidak seceria bakal pengantin yang lain. Dia tampak pucat dan langsung
tak bersemangat. Bukannya tidak bersyukur, tetapi. Hmm…
Arifah merenung wajah
adik perempuan bongsu kesayangannya. Lantas dia memaut lembut tangan Syifaa’
dan memimpin adiknya ke bilik. Menyepikan diri seketika daripada keriuhan
suasana. Masuk ke bilik, Syifaa’ terus duduk di sofa. Dia menanti perkataan
yang bakal terucap dari bibir kakaknya.
<span class="fullpost">
<span class="fullpost">
“Syifaa’?” Tegur
Arifah bila melihat adiknya sambung mengelamun.
“Kak, tolong Syifaa’.
Syifaa’ tak nak kahwin kak. Syifaa’ rindukan Hafiz,” Arifah terkejut bukan
kepalang.
“Hafiz? Siapa tu?
Akak tak pernah dengar pun nama dia?” Arifah kebingungan. Dia betul-betul
pelik. Sangkanya adiknya ini akan melangsungkan perkahwinan bersama jejaka yang
dicintai.
“Hafiz is the one
that I love so much. Dia cinta pertama Syifaa’. He’s a part of my soul, kak.
Tapi, mama dan papa tak merestui cinta kami. Mama dan papa halau Hafiz masa
Syifaa’ nak perkenalkan pada dia orang. Syifaa’ terkilan,” Arifah urut dada.
Sepanjang menghabiskan pengajian di luar negara, dia langsung tidak diberitahu
mengenai hubungan cinta yang dijalin oleh Syifaa’ bersama Hafiz. Yang dia tahu,
mama dan papa begitu berkenan dengan seorang pemuda bernama Ariff. Dan, mereka
menyatakan perkahwinan yang bakal berlangsung ini juga adalah atas dasar cinta.
“So that’s mean you
don’t ever know bout Ariff before this?” Syifaa’ mengangguk laju. Air matanya
hampir menitis.
“Syifaa’ hanya tahu
pasal Hafiz sorang je kak. Hafiz Farshah bin Uthman. Tapi sekarang, Syifaa’ tak
dapat jumpa Hafiz lagi,” Syifaa’ mula teresak-esak. Arifah mendakap adiknya.
Dia memahami apa yang dirasakan oleh Syifaa’ kini.
Hafiz memandang sepi
telefon bimbitnya. Tiada kedengaran bunyi ceria seperti selalu. Dia tahu, hanya
tinggal berapa purnama sahaja lagi Syifaa’ bakal menjadi seorang isteri. Isteri
kepada seorang lelaki yang langsung tak dikenali mahupun dicintai oleh gadis
itu. Begitu payah untuk Hafiz merelakan pemergian gadis itu ke pangkuan lelaki
lain. Amat sukarnya bagi dia menghadapi perpisahan ini. Bertahun menyulam
cinta, membina tembok percaya tetapi kini segalanya musnah sekelip mata. Tiada
sepicing pun keindahan cinta dalam dakapan jiwanya. Yang tinggal hanyalah
debu-debu mimpi yang berderaian. Dalam menungan, tiba-tiba kedengaran telefon
bimbitnya menyanyi. Hafiz terpana. Syifaa’ menelefon! Harus diangkat atau pun
tidak? Dia mengeluh sendiri. Kali pertama dia membiarkan panggilan dari gadis
tersebut berlalu sepi. Sangkanya, Syifaa’ akan berhenti memanggil, namun
ternyata dia silap jangkaan. Gadis itu terus juga menelefonnya berulang kali.
“Hello Hafiz,” suara
serak gadis itu memilukan hatinya. Hafiz cuba sedaya upaya mengawal intonasi.
“Ya, Syifaa’,” Sepi
di hujung talian. Hafiz menahan sebak di dada. Syifaa’ terlebih dulu menitiskan
air mata. Murah benar manik jernih itu menyapa pipinya. Amat payah hendak
ditafsirkan rasa hatinya kala ini. Pilu teramat sangat apabila suara Hafiz
menyentuh pendengarannya setelah hampir dua bulan mereka tidak bertemu.
“Kenapa lambat
angkat? Lama Syifaa’ tunggu Hafiz,” Esakannya pecah jua. Tak terdaya lagi
menahan empangan air mata. Syifaa’ terduduk di lantai. Hafiz mengetap bibir.
Masih melawan air mata dari menyentuh pipi.
“Dalam bilik air
tadi. Tak dengar bunyi hand phone. Ada apa awak called saya malam-malam macam
ni?”
Nadanya berubah
tegas. Hafiz tak mahu menggoyahkan pendirian gadis yang paling dicintainya ini.
Dia amat mengerti betapa tingginya nilai cinta ibu bapa terhadap anak-anak.
Meski segunung permata dilonggokkan tetap takkan dapat menyamai kasih ibu bapa.
Syifaa’ sungguh bertuah. Sebab itulah, dia akur sahaja terhadap penentangan mama
dan papa Syifaa’ terhadap cinta mereka. Dia tak mahu mengguris hati orang tua,
juga takkan sekali-kali mengajar Syifaa’ mengingkari kehendak ibu bapa.
Perkahwinan sungguh mulia, dan Syifaa’ melakukannya atas kehendak mama dan
papanya. Hafiz redha meskipun bukan dirinya menjadi pilihan.
“Hafiz, Syifaa’
terlalu rindukan Hafiz. Syifaa’ sedih sangat. Syifaa’ teringin nak jumpa Hafiz.
Kalau boleh sekarang jugak,” Hafiz tersentak mendengar permintaan Syifaa’.
Hatinya sudah nekad. Dia takkan sekali-kali menuruti permintaan Syifaa’.
“Awak jangan buat
lawak boleh? Cik Nur Syifaa’ Adriana, awak boleh berfikir seperti orang dewasa
yang matang kan? Jadi, awak kenanglah pengorbanan ibu bapa awak membesarkan
awak. Keperitan ibu awak berjuang melahirkan awak. Takkan semata-mata sebab
orang macam saya ni awak nak buang mereka? Tak adil, Syifaa’. Mereka dah
membesarkan awak, dah tentu mereka mengharapkan segala yang terbaik buat awak.
Awak tak terfikir ke? Mana tahu kalau saya kahwin dengan awak semata-mata
nakkan harta keluarga awak? Awak boleh jamin ke yang saya ni terlalu baik? Awak
tak fikir kemungkinan saya akan tinggalkan awak lepas kahwin?” Tukas Hafiz
sesungguh hati. Hanya Tuhan yang tahu perasaanya bila perlu berbicara demikian.
Dan dia amat pasti, tentunya Syifaa’ amat terluka.
“Cukup Hafiz! Awak
nak suruh saya sangsi pada awak setelah segala kebaikan awak tunjukkan pada
saya? Awak nak saya ragu terhadap cinta awak sedangkan awak bermati-matian
mempertahankan perasaan tersebut sepanjang kita bersama? Awak tak pandai
berlakon, Hafiz. Tak pandai,” Suara manja Syifaa’ tenggelam dalam esak
tangisnya. Hafiz tak terdaya lagi menahan air mata. Sesungguhnya dia bukan
pelakon terbaik.
“Maafkan Hafiz,
Syifaa’. Hafiz tengah keraskan hati Hafiz sekarang ni. Hafiz tak nak Syifaa’
hampakan harapan ibu bapa Syifaa’. Tak elok Syifaa’ musnahkan kepercayaan
mereka terhadap Syifaa’. Mereka terlalu berjasa terhadap Syifaa’ kalau nak
dibandingkan dengan Hafiz. Merekalah yang membawa Syifaa’ mengenali dunia. Apa
yang ada pada Hafiz, Syifaa’? Hafiz tiada harta, Hafiz tak kenal siapa mak ayah
Hafiz. Hafiz cuma ada pelajaran untuk membela hidup Hafiz dan mengubah masa
depan Hafiz kelak. Tak berbaloi Syifaa’ pertaruhkan seumur hidup Syifaa’ untuk
Hafiz,” dia mematikan talian. Syifaa’ terkedu. Tetapi Nur Syifaa’ Adriana tetap
percaya bahawa Hafiz Farshah ditakdirkan untuknya…
Hafiz menanggalkan
bateri dan mencabut simcardnya. Dia mahu tenteramkan hati yang tak keruan.
Menenangkan minda yang bercelaru. Nur Syifaa’ Adriana… Hafiz tak tahu bilakah
nama itu akan terpadam dari memenuhi hamparan kalbunya? Wajah manis yang sedap
dipandang mata, dengan ketinggian sederhana, gadis itu anggun dengan kerudung
di kepala.
Arifah mengambil
keputusan untuk menemani adiknya tidur di kamar pada malam itu. Bimbang jika
Syifaa’ bertindak di luar jangkaan. Dia tahu adiknya mampu berfikir waras
tetapi dia bimbang kalau-kalau Syifaa’ terlalu tertekan sehingga bertindak di
luar batasan. Hafiz berpusing ke kiri kanan menukar posisi tidurnya. Dia susah
hendak melelapkan mata. Kepalanya terasa sakit sementalah badannya
berpeluh-peluh. Kawan sebiliknya, Dzil terbangun bila menyedari katil bergegar.
Dalam mamai, dia memetik suis lampu. Dzil melompat turun dari katil tingkat
atas. Dia menggerakkan badan Hafiz yang masih berguling ke kiri dan kanan.
“Hafiz, kenapa ni?”
Pertanyaan Dzil dijawab dengan kerutan wajahnya. Kulit kuning langsatnya tampak
begitu pucat.
“Tunggu kejap. Aku
ambik panadol,” seketika kemudian, Dzil menuju ke dapur dan mengambil dua biji
panadol bersama segelas air masak. Dia merangkul bahu Hafiz dan memberikan ubat
kepada sahabatnya itu.
“Terima kasih, Dzil.
Kepala aku sakit sangat. Macam nak demam pun ada,” Dzil mengangguk faham.
Dia bimbang dengan
tahap kesihatan Hafiz yang kurang berselera makan semenjak putus cinta. Dia
mengerti betapa payah luka parah di hati Hafiz akan sembuh. Hanya masa jadi
penentu.
“Kau rehat elok-elok.
Kalau tak larat esok ambillah mc,” cadang Dzil. Hafiz menggeleng lemah.
“Sikit je ni, lagipun
dah final year. Aku tak nak tertinggal subjek,” balasnya sebelum memejamkan
mata.
Hafiz mengambil
keputusan untuk menghadiri kuliah juga meskipun badannya terasa hangat. Dia terpaksa
memakai baju panas memandangkan kulitnya begitu sensitif. Bila bayu menyentuh
lembut kulitnya, dia terasa begitu dingin. Kepalanya masih terasa berat. Namun
dia gagahkan jua demi menuntut ilmu.
Sehinggalah tiba
gilirannya untuk mengambil markah kuiz, Hafiz merasakan badannya ringan
semacam. Pandangannya berpinar. Jejaka tinggi lampai ini cuba untuk berpaut
pada kerusi, namun dia lemah lutut. Hafiz hilang keseimbangan lalu pitam. Dalam
keadaan separuh sedar, Hafiz dapat merasa seakan suatu objek halus runcing
ditusuk ke dalam kulitnya. Dia ingin menepis namun tangannya lemah untuk
diangkat.
“Itulah engkau,
degil. Aku suruh berehat tak nak. Demam tu dah melarat. Nasib baik tumbang
depan kita orang, kalau kat tengah jalan macam mana?” bebel Dzil tanpa dapat
ditahan lagi. Hafiz cuma tersenyum lemah.
“Kau jangan
bimbanglah, Dzil. Aku demam sekejap je. Nanti baiklah. Doktor pun dah bagi
kebenaran untuk aku keluar wad,” Hafiz tertunduk. Tiba-tiba dia terbayangkan
betapa bimbangnya Syifaa’ setiap kali dirinya jatuh sakit. Raut wajah gadis itu
cukup untuk menenangkannya.
“Hanya Tuhan yang
tahu betapa aku rindukan dia,” ujar Hafiz dalam hati.
Syifaa’ memberi
seribu satu alasan untuk mengelak daripada bertemu dengan Ariff. Dalam hatinya
langsung tiada sekelumit rasa untuk mengenali apa lagi sayang terhadap lelaki
itu. Mereka bagaikan orang asing. Dia tak mungkin dapat menemui lelaki itu
dengan mudah. Biarpun bergelar isteri kelak, lelaki itu hanya memiliki dirinya,
namun bukan cinta sucinya yang tetap utuh buat insan bernama Hafiz Farshah.
Hafiz tak puas-puas
menatap bingkai gambar bermotifkan lambang hati. Tersisip elok potret mereka
berdua. Wajah manja Syifaa’ di samping dirinya yang sedang bergelak ketawa
membuatkan kerinduannya terhadap gadis itu semakin kuat mencengkam. Betapa
indahnya detik tersebut untuk dilupakan. Hafiz pasti, selagi nyawa dikandung
badan selagi itulah kasihnya tak pernah surut. Ibarat lautan yang tak pernah
kering.
Hafiz menghela nafas
sedalamnya. Dia termangu seketika. Entah wajar atau tidak tindakannya kali ini?
Namun dia nekad, biarlah. Malam yang gelita dengan langit yang kosong tanpa
sebutir bintang ini bakal menjadi saksi segalanya.
Dia menanti dengan
penuh sabar. Hafiz tak putus-putus berdoa agar taliannya bersambut.
“Hello, assalamualaikum,”
Hafiz memberi salam sesopan mungkin.
“Waalaikumussalam,
Hafiz. Ya Allah! Hanya Tuhan yang tahu betapa Syifaa’ rindukan Hafiz. Rindu
sangat. Hafiz sihat? Dah makan?”
Syifa menuturkan
soalan bertalu-talu. Andai dapat ditatap wajah Hafiz, pasti dia dapat melihat
garis-garis duka pada seraut wajah tenang. Pipi jejaka itu mungkin berubah
cengkung. Sungguh! Dia terlalu rindu untuk menatap senyuman Hafiz… apa lagi
mendengar gelak ketawa insan yang terlalu dikasihi itu.
“Syifaa’, Hafiz belum
makan. Sekejap lagi Hafiz makan. Hafiz minta maaf kalau selama ni Hafiz banyak
sakitkan hati Syifaa’. Hafiz terlalu sayangkan Syifaa’. Hafiz harap
persahabatan kita kekal sehingga ke akhir hayat. Bila kahwin nanti, Syifaa’ dah
ada tanggungjawab. Syifaa’ tak boleh fikirkan fasal Hafiz lagi ye, jangan
terlalu mengingati Hafiz, pentingkan suami Syifaa’ dalam setiap perkara yang
Syifaa’ lakukan. Sebagai isteri solehah, jadikan suami Syifaa’ sebagai
keutamaan,” Syifaa’ teresak-esak di hujung talian. Hafiz turut tersedu-sedan.
Air matanya mengalir laju.
“Syifaa’ tak boleh
lupakan Hafiz. Syifaa’ mesti teringat fasal Hafiz. Hafiz terlalu indah untuk
Syifaa’ lupakan. Hafiz tahukan kasih sayang Syifaa’ tiada dua atau tiga. Hanya
Hafiz dalam hati Syifaa’.”
“Sudahlah sayang,
izinkan Hafiz pergi. Terimalah hakikat, kasih ini bukan milik kita. Cinta
Syifaa’ tak tertulis buat Hafiz,” Buat kesekian kalinya, Hafiz mematikan
talian. Dia terjelepok di sisi katil tanpa dapat menahan air mata membasahi
pipi. Tinggal dua bulanlagi, Syifa bakal melangsungkan perkahwinannya. Meskipun
tempoh itu kedengaran singkat, Hafiz sendiri tidak tahu setakat mana
ketabahannya untuk terus bertahan menongkah ombak gundah ini. Dia perlu
meninggalkan Syifaa’ lebih awal sebelum Syifaa’ mengubah pendirian. Dia tak
mahu Syifaa’ berbelah bagi untuk menjadi isteri kepada Ariff.
Nak terbuntang biji
mata Syifaa’ memandang nombor yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Dia
menyelitkan` telefon bimbit ke bawah sofa, namun tetap tak henti-henti
berbunyi. Memekakkan telinga je.
“Hello! Awak nak apa
ha?“ Soal Syifaa’ kasar. Lelaki ini memang sengaja mematikan moodnya.
“Cik adik, yang awak
garang sangat ni kenapa? Awak kan tunang saya. Ada ke perempuan layan tunang
macam ni?” Ujar Ariff lembut. Cuba berdiplomasi.
“Masa bila pulak saya
disahkan menjadi tunang awak ni? Dalam mimpi pun tak pernah tau,” Balas Syifaa’
bersahaja.
“Apa-apa jelah,
Syifaa’. Esok saya nak jumpa awak? Pukul 10 pagi. Mesti datang, tunggu saya
depan pagar rumah awak,” Ariff bersuara tegas. Sengaja mahu memancing reaksi
Syifaa’.
“Awak tak reti bahasa
ke? Saya tak kuasa nak jumpa awaklah!” Bentak Syifaa’. Dia mematikan talian.
Sejak kebelakangan ini anginnya ternyata kurang baik. Lantaklah, sudah beberapa
kali Ariff ingin menemuinya. Dia menolak mentah-mentah.
Ariff termangu memandang
telefon bimbitnya. Kenapalah bakal isterinya ini sering naik angin? Apa agaknya
kesilapan yang telah dia lakukan? Dia tergeleng seketika kemudian tergelak
kecil. Hari esok tak mungkin Syifaa’ ada apa-apa alasan lagi. Mak cik dan pak
cik tentu akan memberi sokongan terhadapnya.
Dia mencapai sekeping
kertas kumal dan sebatang pen hitam. Malam ini dia mesti meluahkan segalanya,
derita yang terpendam di lubuk hati. Hanya tinggal seminggu! Ya, seminggu…
Syifaa’ bakal menjadi milik orang dan Hafiz perlu bersedia untuk menghadapi
segalanya. Dan coretan duka ini hanyalah untuk dirinya sahaja. Untuk dikirimkan
kepada insan di sana, dia tiada kekuatan.
Buat insan yang
paling ku cintai,
Apa khabar Syifaa’?
Hafiz di sini macam biasa. Hari-hari Hafiz dah tak lagi berseri sepertimana
sewaktu kita masih bersama-sama, asyik menyulam cinta. Syifaa’ mesti berdebar
kan? Menghitung detik bergelar ratu sehari. Tapi sayang, bukan Hafiz yang bakal
menggenggam tangan tok kadi, menyakinkan wali bahawa Hafiz pilihan terbaik buat
Syifaa’. Hafiz tak mungkin dapat tersenyum tatkala mengenangkan hari bahagia
Syifaa’ hampir tiba. Setiap waktu yang berlalu, bagaikan menghambat Hafiz. Tak
tahu kenapa, mungkin kerana cinta buatmu terlalu dalam, Syifaa’. Hafiz terpaksa
terima bahawa bukan Hafiz yang bakal memegang erat jemari Syifaa’ dan tersenyum
bahagia di samping Syifaa’ di atas pelamin yang dihias indah kelak. Pergilah
sayangku, bermula semula. Semangat cintaku, membara kerana dia. Tiada niatku…
Sekeping hati ini
Telah ku serahkan
buatmu
Dari saat mula
Detik perkenalan
Hingga terciptanya
Perpisahan
Yang tidak pernah
Aku bayangkan
Sambutlah rindu ini
sayang
Semoga mekar kasih
terhadapnya
Bawalah cinta pergi
Dengan keluhuran
Seputih salji
Selamilah hamparan
kasih
Hapus semua gundah
-akan ku intai
bahagiamu dari jauh, sayang-
“Macam mana dengan
visa? Kad pengenalan? Semua dah ada?” Soal Dzil penuh prihatin. Dia memahami
sesuatu. Sesungguhnya Hafiz tak mampu untuk berdepan dengan saat-saat yang
bakal meruntun hatinya. Sahabatnya ini langsung tak bersedia untuk berada di
Malaysia semasa Syifaa’ dan Ariff disatukan kelak. Dia lebih rela menghabiskan
masa di Korea daripada menghadiri majlis tersebut.
“Kau jangan bimbang,
Dzil. Aku dah settlekan semuanya. Dah sampai masanya untuk aku naik flight. Kau
jaga diri elok-elok. Aku tahu apa yang sedang aku lakukan, Dzil, Kau jangan
lupa bagi hadiah kahwin Syifaa’yang aku tinggalkan tu,” Dzil mengangguk
perlahan.
“InsyaAllah Hafiz,”
Mereka berpelukan seketika. Dzil menepuk-nepuk belakang Hafiz. Agak lama
sebelum melepaskan sahabatnya menuju ke arah balai berlepas.
‘Mana Syifaa’ ni?
Lambatnya! Nak jumpa Hafiz ke tak?’ Rungutnya dalam hati. Semalam dia telah
memberitahu gadis itu mengenai pemergian Hafiz ke Korea. Dia ingin mereka
bertemu sebelum Syifaa’ mendirikan rumah tangga. Kini, rancangannya tidak
menjadi. Dzil duduk di bangku. Lahir keluhan hampa dari mulutnya.
Syifaa’ merentap
pautan jemari Ariff. Dia berlari selaju yang mungkin, mengejar masa untuk
menatap wajah yang sekian lama dirindui. Setelah puas memujuk Syifaa’, Ariff
terpaksa akur dengan permintaan tunangnya untuk bertemu Hafiz. Jika Ariff
enggan, Syifaa’ tak mungkin akan mengahwininya. Meski terpaksa, dia memandu
juga ke KLIA semata-mata untuk memenuhi hasrat Syifaa’. Jauh di sudut hati.
Ariff teringin melihat bagaimanakah gerangan Hafiz yang terlalu dipuja oleh Nur
Syifaa’ Adriana? Adakah sesegak dirinya?
Dzil terkejut bukan
kepalang melihat kehadiran Syifaa’ ditemani oleh seorang lelaki berwajah
kacukan. Dia mengetap bibir.
“Mana Hafiz?” Soal
Syifaa’ cemas. Dia mengurut dada.
Dzil membulatkan
mata.
“Baru sekarang kau
sampai? Habislah, Syifaa’. Hafiz dah naik flight. Tak tahu bila kau akan jumpa
dia lagi,” Luah Dzil geram. Dia betul-betul bengang apa lagi setelah melihat
wajah sombong Ariff Syakir. Langsung tiada riak wajah bersalah.
“Nah, ambik ni. Hafiz
bagi,” Dzil berlalu setelah menyampaikan hadiah perkahwinan itu kepada Syifaa’.
Tanpa menghiraukan renungan tajam Ariff, Syifaa’ terus membuka bungkusan hadiah
tersebut. Sehelai selendang berwarna ungu lembut berserta sekeping kad, ringkas
sahaja tulisannya.
‘Buat sahabat yang
paling Hafiz sayangi, tunggu kedatangan Hafiz nanti. Hafiz tak nak kempunan
nasi minyak Syifaa,’ Air hangat mula bertakung di kolam matanya. Syifaa’
terhinggut-hinggut menahan tangis. Ariff menarik tangan gadis itu. Langkahnya
dipercepatkan. Dia ketap bibir. Entah marah ataupun hiba, dia keliru.
“Surprise!” Suara
yang menyapanya dari belakang cukup untuk membuatkan Dzil tersenyum lebar.
Suara yang begitu dikenalinya.
“Hei, Hafiz! Awalnya
kau balik?” Terus saja Dzil melangkah. Menghampiri Hafiz sebelum memeluk
sahabatnya seerat mungkin.
“Aku kan Hafiz
Farshah, apalah kau ni?” Hafiz tergelak. Dzil senyum lagi. Masih ada persoalan
berlegar di kepalanya.
“Aku akan pergi esok.
Janji mesti ditepati. Aku nak tengok Syifaa’ dan Ariff bersama,” ujar Hafiz
bersungguh-sungguh. Bagai memahami perkara yang mengasak fikiran Dzil, Hafiz
terlebih dulu menjelaskan duduk perkara sebenar. Dzil menepuk bahu Hafiz. Dia
lega kerana sahabatnya ini mampu membuat keputusan yang rasional akhirnya.
Tiada permusuhan mengiringi perpisahan mereka. Inilah Hafiz, sahabat yang
dikenali sejak dulu. Seorang insan yang penuh dengan keihklasan dan kejutan.
Dzil memandang Hafiz
yang masih lena di tempat tidurnya. Pelik! Biasanya Hafiz tak pernah lewat
bangun untuk menunaikan solat Subuh. Apatah lagi hari ini merupakan hari yang
begitu ingin diraikan oleh Hafiz. Melihat Nur Syifaa’ Adriana diijab kabulkan
dengan Aliff Syakir.
Mungkin Hafiz terlalu
letih kerana semalaman mereka berjaga, menghabiskan masa dengan berborak kosong
juga bergurau senda. Yang Dzil tahu, dia terlebih dulu dibuai mimpi sementara
Hafiz masih duduk di meja studi. Entah apa yang sahabatnya lakukan dia tak
tahu.
“Aku sayangkan
Syifaa’ lebih dari diri aku sendiri Dzil. Aku terlalu cintakan dia. Tak mungkin
ada wanita lain mampu menggantikannya. Lepas ni aku akan pergi jauh untuk
tenangkan hati,” Dzil kerut dahi. Lain macam je ayat Hafiz?
“Kau jangan
bimbanglah Dzil. Aku balik ke Korea semula lepas ni,” Terngiang-ngiang suara
Hafiz di pendengarannya. Bersungguh-sungguh jejaka itu menyatakan betapa hebat
rasa cinta terhadap Nur Syifaa’ Adriana serta meluahkan keinginan untuk
melanjutkan pengajian di negara empat musim itu.
Dzil cuba
mengacah-ngacah Hafiz dengan menghalakan lampu suluh ke muka sahabat karibnya.
Biasanya Hafiz terus tersedar bila saja cahaya lampu menyilaukan wajahnya.
Mungkin Hafiz tidak mahu mengalah pada kali ini. Dzil tergelak-gelak, namun
tiba-tiba jantungnya berdetak laju.
Dia mendapatkan Hafiz
lalu memegang tangan sahabatnya. Terlalu dingin. Hafiz juga tidak menyahut bila
Dzil berkali-kali memanggilnya. Dzil ketar, dia cuba menahan emosi. Dzil
mengangkat tangan Hafiz namun tangan itu terkulai bila dilepaskan.
“Tak! Hafiz! Bangun
Hafiz!” Dzil semakin cemas. Dia sukar untuk mempercayai apa yang sedang berlaku
kini. Lantas dia melakukan CPR. Dengan harapan Hafiz tersedar semula daripada
pengsan.
“Hafiz!!” Laungannya
mengejutkan teman-teman yang tinggal di sekitar blok tersebut. Dia mendakap
Hafiz semahu-mahunya. Dzil sedar ini bukan masanya untuk bergurau. Dzil
teresak-esak di situ juga. Bahunya terhinggut-hinggut. Pilu menghimpit dadanya.
Rakan-rakan lain berusaha untuk menenangkannya.
Syifaa’ gelisah.
Ariff dapat melihat kelainan pada raut wajah isterinya. Kebimbangan jelas
terpancar di wajah Syifaa’. Dia cuba untuk menenangkan Syifaa’. Upacara
persandingan bakal berlangsung sebentar nanti.
“Syifaa’, jangan lah
macam ni. Abang tahu, Hafiz mesti sampai sekejap lagi,” Ariff memujuk lembut.
Dia mengelus lembut bahu isterinya. Syifaa’ mengangguk. Walhal dalam hatinya
berdegup kencang seperti merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
Arifah menahan sebak.
Dia berlari keluar dari bilik setelah menerima panggilan telefon yang diterima
dari Dzil. Penuh ketenangan, dia membisikkan sesuatu ke telinga Syifaa’. Tanpa
dapat mengawal emosinya, Syifaa’ meraung di situ juga. Dia terduduk. Arifah
menerpa dan mendakap Syifaa’.
“Kak, Hafiz kak…
Syifaa’ dah tak dapat jumpa Hafiz lagi,” Air mata berjuraian membasahi pipi.
Tetamu yang hadir
saling berpandangan. Ibu bapa kedua-dua mempelai terkejut melihat perlakuan Syifaa’.
Mama Syifaa’ tunduk sugul. Rasa bersalah menerpa kalbu dia dan suaminya kerana
menghalang niat baik jejaka itu menyunting anak gadis mereka suatu masa dulu.
Kini, jejaka itu telah meninggal dunia. Puaskah hati mereka? Adakah pintu
kemaafan masih terbuka buat mereka? Tanpa menghiraukan tetamu yang mula membuat
andaian masing-masing, Puan Aishah memeluk Syifaa’ dan berusaha meredakan
tangisan anak bongsunya. Belakang badan Syifaa’ diusap-usap.
“Mama, Hafiz dah
takde, ma. Syifaa’ nak jumpa Hafiz mama. Please mama. Syifaa’ rindukan Hafiz,”
Tubuhnya terketar-ketar. Suaranya tenggelam dalam esak tangis.
“Mama minta maaf
sayang, mama bersalah,” Mendengar ucapan yang terzahir dari mulut ibunya,
semakin deras air mata membasahi pipi.
“Syifaa’ langsung tak
salahkan mama. Ini semua takdir. Kita kena terima,” Ariff masih lagi
terpinga-pinga. Arifah menghampirinya dan menyatakan sesuatu yang cukup
membuatnya terpana. Dadanya berombak kencang.
Syifaa’ memandang
Ariff mengharapkan pengertian. Setelah mendengar perkhabaran yang disampaikan
oleh kakak iparnya, Ariff memaut tangan isterinya. Dia bergegas membawa Syifaa’
ke rumah Dzil, tempat jenazah Hafiz disempurnakan. Setibanya di rumah Dzil,
mereka hanya dapat melihat jenazah Hafiz telah diusung menuju ke tanah
perkuburan. Pandangan Syifaa’ kelam. Dia lemah untuk terus berpijak. Ariff
merangkul tubuh isterinya.
Ariff mengelap wajah
isterinya dengan air suam untuk mendatangkan kelegaan buat Syifaa’ apabila
isterinya sedar nanti. Syifaa’ membuka matanya yang sejak tadi terpejam rapat.
Kepalanya terasa agak berat. Ariff memangku kepala isterinya dan menyandarkan
bantal pada kepala katil. Dia mahukan yang terbaik buat Syifaa’ lebih-lebih
lagi dalam keadaan isterinya yang tentu saja tertekan pada saat ini. Seraut
wajah Syifaa’ ditatap sayu. Syifaa’ membalas renungan itu dengan mata yang
berkaca.
“Abang, Syifaa’ minta
maaf. Syifaa’ takkan sakitkan hati abang, Syifaa’ akan layan abang seadilnya.
Tapi, tolong jangan paksa Syifaa’ lupakan Hafiz dalam masa terdekat ni. Syifaa’
tak mampu. Syifaa’ harapkan sokongan abang,” Ariff meletakkan jari telunjuknya
ke bibir Syifaa’.
Dia amat mengerti.
Dia takkan menjadi sekejam itu untuk mendera perasaan Syifaa’. Dan mulai detik
ini, dia mengagumi insan bernama Hafiz Farshah. Dia menarik Syifaa’ ke dalam
pelukannya.
“Sayang, abang faham.
Abang akan sokong Syifaa’ selagi abang masih bernafas. Syifaa’ tak salah
apa-apa dengan abang. Abang yang patut minta maaf. Maafkan abang, Syifaa,”
Syifaa’ tak mampu
bersuara. Rasa hatinya kala itu hanya mampu diluahkan dengan air mata. Seketika
kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Syifaa’ tersentak. Namun digagahkan jua
untuk menjawab panggilan. Usahlah diharap lagi suara Hafiz akan menemani
hari-harinya.
“Assalamualaikum.
Syifaa’. Aku nak jumpa kau esok. Ada sesuatu yang aku nak tunjuk,”
Syifaa’ mengiyakan
permintaan Dzil. Setelah menjelaskan perkara sebenar, Ariff mengizinkan mereka
bertemu malah dia ingin sekali menemui Dzil yang begitu setia pada
persahabatan.
Dzil menggenyeh-genyeh
matanya yang masih mengantuk. Dalam mamai dia terdengar nada deringan telefon
bimbit Hafiz. Ya Allah! Siapa lagi yang mahu menghubungi setelah mengetahui
tuan punya telefon ini telah meninggal dunia? Dengan langkah longlai, Dzil
mencapai telefon tersebut.
“Assalamualaikum,
Encik Hafiz. Saya Doktor Asmadi. Sila datang ke hospital untuk mengambil
laporan perubatan encik,” Dada Dzil berombak kencang.
“Oh! Iya, pukul
berapa tu doktor?” Soalnya dalam nada tegang.
“Dalam pukul 10 pagi
ya, encik,” Dzil menarik nafas sedalam mungkin.
“Baiklah, terima
kasih, doktor,” tanpa melengahkan masa Dzil bergegas ke bilik air.
Kemudiaannya, dia menelefon Syifaa’ untuk menukar lokasi pertemuan mereka.
Syifaa’ mengetap
bibir. Ariff memeluk bahu isterinya. Dzil menanti dengan penuh debar. Doktor
Asmadi akan menunjukkan keputusan laporan perubatan arwah Hafiz.
“Silakan masuk,”
Doktor muda itu mempersilakan mereka bertiga ke biliknya.
“Saya mengucapkan
takziah atas pemergian Encik Hafiz. Sebenarnya dalam laporan perubatan ini,
kami mendapati encik Hafiz menghidap barah otak di peringkat akhir. Saya belum
sempat bertemunya untuk memberi rawatan susulan. Namun, Allah lebih menyayangi
encik Hafiz. Simpanlah laporan ini ya dik. Tabahkan hati kamu,” Doktor Asmadi
menepuk bahu Dzil. Mereka berjabat tangan sebelum keluar dari bilik tersebut.
Dzil dan Ariff
membuang pandang ke arah Syifaa’. Kedua-duanya menyangka gadis itu tentunya
akan menangis lagi, namun ternyata jangkaan mereka silap. Syifaa’ kelihatan
sangat tenang. Dzil membawa pasangan pengantin baru itu menuju ke Starbucks
Coffe berhampiran. Dia pasti, mereka kini memerlukan ketenangan ekoran gelodak
rasa yang melanda jiwa ekoran pemergian Hafiz.
“Syifaa’, aku nak
sampaikan amanat terakhir arwah Hafiz. Diari ni dan semua barang-barang Hafiz,
kau yang paling layak simpan. Lagipun, banyak kenangan antara kamu berdua dalam
diari tu. Emm…ini surat yang Hafiz tinggalkan untuk kita. Dia tulis pada malam
sebelum dia pergi. Kau bacalah,” Dzil terus berlalu. Tidak mahu melihat air mata
Syifaa’ tumpah lagi.
Ariff tenang memandu.
Syifaa’ memegang erat kotak Donald Duck yang berisi barang-barang peninggalan
arwah Hafiz. Sampai sahaja di rumah, Syifaa’ berlari menaiki tangga. Dia mahu
masuk ke bilik secepat mungkin. Ariff mengekori dari belakang.
‘Ke hadapan insan-insan
yang paling bererti dalam hidupku,
Hafiz bersyukur
dipertemukan dengan kamu berdua. Dalam hidup yang singkat ini, tak mungkin kita
dapat ramal apa yang bakal berlaku. Hafiz amat menyayangi kalian. Dzil, aku
bertuah dapat sahabat karib macam kau. Tiada lain yang aku harapkan, semoga kau
berjaya mengecapi segala apa yang kau idamkan selama ni. Realisasikanlah impian
kita bersama yang belum tentu dapat aku kecapi kelak. Aku akan tunggu saat-saat
tu, Dzil. Aku yakin kau akan menunaikan hasrat aku nanti.
Syifaa’, Hafiz
gembira sebab Syifaa’ tunaikan janji Syifaa’ untuk mengahwini Ariff. Hafiz
bangga sangat kerana Syifaa’ tak hampakan niat ibu bapa Syifaa’ semata-mata
sebab Hafiz. Terimalah Ariff seadanya. Tiada siapa yang betul dan salah dalam
hal ni. Hanya Dia yang berkuasa, dan Dia lah yang menentukan setiap perjalanan
hidup kita di muka bumi ini Syifaa`. Terimalah hakikat bahawa antara kita
memang tiada jodoh. Syifaa’, lepas ni Hafiz akan pergi untuk menyambung
pengajian ke Korea. Entah bila kita akan bertemu lagi sayang. Ingatlah, syurga
seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami. Taatilah Ariff seadanya
Syifaa’. Akan ku intai bahagiamu dari jauh, sayang.’
Penuh kasih sayang,
Hafiz farshah
Membulat pula matanya
sebaik membaca untaian kata-kata pada sekeping kertas kumal yang terselit pada
diari arwah Hafiz. Syifaa’ menahan titisan air mata dari membasahi pipi. Dia
beristighfar panjang. Ariff hanya mampu memandang gelagat isterinya. Untuk
menyampuk, dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan.
“Abang, kita pergi
Korea?” Usul Syifaa’ dalam keadaan sebak sambil menggenggam erat tangan
suaminya. Ariff mendakap isterinya lantas mengucup dahi Syifaa’. Inilah langkah
yang terbaik untuk isteri kesayangannya, menenangkan diri seketika.
Syifaa’ mencabut
lalang yang tumbuh meliar di tanah perkuburan itu. Dia memegang erat jemari si
kecil yang terkebil-kebil memerhatikan tingkahnya.
“Hafiz, tunggu
sekejap ya sayang. Ibu dan papa nak temankan pak cik Hafiz. Dah lama ibu tak
jumpa pak cik Hafiz,” luah Syifaa’ lembut pada Hafiz Farshah bin Ariff Syakir
yang baru berusia setahun itu. Dia mengucup anak itu penuh kasih. Ariff memeluk
erat bahu isterinya.
“Cuaca hari ni baik,
insyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar,” Seketika kemudian dia
membentangkan tikar.
“Abang, tolak ke sini
sikit,” tegur Syifaa’ lembut. Ariff tersenyum. Dia bersedia untuk membaca surah
Yassin buat arwah Hafiz. Setelah selesai menyedekahkan ayat-ayat suci, mereka
menjirus air mawar ke pusara Hafiz. Moga-moga sedekah mereka dapat mendamaikan
Hafiz di sana, insyaAllah.
</span>
</span>

No comments:
Post a Comment